Sunday, May 12, 2013

Ilmu Adalah Harta~



Assalamualaikum, alhamdulillah. kita masih diberi kesempatan dan nikmat yang besar daripada Allah SWT untuk bernafas di dunia pinjamanNya ini. setiap perjalanan hidup kita, kita perlu indahkan dengan perkara yang berfaedah supaya hidup selalu mendapat keberkatan daripada Allah SWT. okay, petang ni aku rasa tergerak hati untuk membuat entri tentang ilmu. ilmu itu terlalu luas, terlalu banyak, ada juga manusia yang anggap ilmu ini "nothing" dan harta itu segalanya, sebab apa aku kata macam tu? sebab ada sesetengah orang dalam dunia ni berhenti mengejar ilmu semata-mata nak kerja, sebab sudah bosan belajar dan sebagainya. jangan, ilmu itu sangat berguna, sangat-sangat berguna. subhanAllah.

tuntutlah ilmu, ilmu ada kepentingan dalam Islam dan dalam kehidupan juga. Masyarakat yang berilmu dan menguasai ilmu mempunyai akhlak dan akal yang adil serta jujur dan tidak akan melakukan sesuatu yang salah bukan sahaja kerana ia melanggar undang-undang negara dan hukum Islam, tetapi juga kerana ia melanggar asas akhlaknya. Saiidina Ali bin Abi Talib mengatakan, "Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada pendidikan". Mereka menjauhkan diri daripada tindakan dan pemikiran yang tidak adil dan tidak jujur, bukan hanya kerana melanggar hukum tetapi juga kerana mereka sendiri mempunyai sikap dan akhlak yang antiketidakadilan dan ketidakjujuran. Mereka juga akan sentiasa menjunjung dua petunjuk yang nyata, iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah selain ijmak dan bermusyawarah dalam setiap perbuatan dan bagi mencapai sesuatu keputusan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)".

Hamka pula berkata: “Ada ilmu ada harta jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang, kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”

Ilmu merupakan asas kepada kehidupan. Ianya merupakan perkara wajib bagi setiap manusia yang menjejakkan kaki didalam dunia ini. Tanpa mengira bangsa, kaum mahupun agama, Ilmu merupakan perkara pertama yang harus dimiliki oleh mereka.

Malah dalam Islam juga, ilmu menjadi tuntutan wajib bagi setiap umatnya. Malah wahyu pertama daripada Allah S.W.T kepada Baginda Rasulullah S.A.W juga berlandaskan ilmu melalui Surah Al - Iqra'. Perkara pertama yang diajar kepada Baginda S.A.W adalah untuk membaca.

Demikian juga yang diterangkan dalam kitab Ihya Ulumiddin, hasil tulisan Imam Al - Ghazali dimana bab pertama buku tersebut menerangkan kepada kita mengenai ilmu. Ia terkandung dalam bahagian (rubu') ibadah yang melengkapi 10 kitab. Kitab ilmunya sahaja ada 7 bab:

1. Kelebihan Ilmu, Mengajar dan Belajar.
2. Ilmu Fardu Ain dan Fardu Khifayah serta memperjelaskan ilmu akhirat dan ilmu dunia.
3. Tentang apa yang dihitungkan oleh orang awam serta jenis ilmu yang tercela.
4. Bahayanya perdebatan dan menyebabkan manusia sibuk dengan berselisih serta bertengkar.
5. Adap pengajar dan pelajar.
6. Bahaya Ilmu, Ulama serta tanda - tanda Ulama Dunia dan Ulama Akhirat.
7. Tentang akal.


kejarlah ilmu, carilah sehingga ke negara cina kerana ilmu itu terlalu luas, terlalu banyak. ilmu Allah sememangnya banyak dan berguna. ilmu itu harta kita dunia akhirat, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya, maka hendaklah ia menuntut ilmu.” jangan kita pandang rendah dengan ilmu, adanya ilmu macam-macam kita boleh buat. subhanAllah, tingginya ilmu Allah SWT.


Ilmu itu cahaya daripada Ilahi
Memancar keluar melahirkan amal
Memancar ke dalam menzahirkan iman

Bagai alam tanpa sinar mentari, gelap pekat hilanglah indah, sirnalah seri, begitulah hati tanpa ilmu, kontanglah ia daripada petunjuk Ilahi, buta mata tanpa cahaya, buta hati tanpa ilmu. BENARLAH seperti yang diungkapkan, ilmu itu cahaya , jahil itu kegelapan.

Benarlah seperti kata Imam Syafie, “Semakin bertambah ilmuku, terasa semakin banyak yang aku tidak tahu”


jom menuntut ilmu sehingga akhir hayat kita.

Bismillah~


Aamiin Ya Rabbal 'Alamin



semoga ia bermanfaat buat semua sahabat, Assalamualaikum :)

Saturday, May 11, 2013

Eh, Selamat Hari Ibu?


Kasihmu Ibu Sehingga Ke Syurga

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera buat si cantik dan si kacak sekalian. aku bukan nak ucap selamat hari ibu ka apa ka dak, aku hanya nak tekan di sini bahawa setiap hari adalah hari ibu, setiap hari kita perlu menghargai pengorbanan seorang ibu. eh, bukan setiap hari tapi setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun ye si cantik dan si kacak sekalian. bukan hari tertentu seperti yang dikhabarkan iaitu hari ibu, hari ibu yang dikatakan hari istimewa buat ibu, tapi jangan kita lupa setiap detik adalah istimewa buat ibu. hari lain selain hari ibu pun kita boleh beli hadiah, beli kek dan sebagainya. tapi hadiah yang istimewa daripada kita tanpa pengetahuan ibu adalah doa kita. doa " Ya Allah, panjangkan umur ibuku" "Ya Allah, Engkau berkatilah hidup ibuku" "Ya Allah, Engkau berikanlah ibuku kesejahteraan dan perlindunganMu" kamu tahu betapa besarnya doa itu? subhanAllah, sangat besar ganjaran dia. itu adalah sebaik-baik hadiah, subhanAllah.

kita selalu tanam dalam otak kita bila datangnya hari yang dikatakan hari ibu ni, kita akan buat sesuatu yang kejutan. ada hadiah besar, ada kek bertingkat-tingkat, tapi pada hari biasa kita tak dak rasa pun keistimewaan ibu itu sendiri. sebab apa? sebab datangnya hari ibu baru kita nak hargai, nak balas jasa bagai, tapi kita terlupa yang setiap hari adalah hari ibu, setiap hari ni lah kita selalu menghargai pengorbanan ibu. setiap hari kita tolong dia masak, cuci pinggan, basuh baju, lipat baju, sidai baju, kemas rumah dan sebagainya yang meringankan beban seorang ibu yang berbelas tahun, berpuluh tahun buat kerja semua tu tanpa jemu, tanpa letih dan penat. kita kena ingat juga, bukan setakat tulisan di laman sosial tanda kita menghargai ibu "iloveyou, ibu" "jasamu ku kenang selalu" "semoga kamu berbahagia selalu" dan sebagainya ucapan yang kita publish dekat laman sosial. kalau yang ibu ada twitter, facebook dakpe juga, ni yang tak dak kawan-kawan ja baca. kenapa? nak kawan-kawan sampaikan? dak perlu.

pengorbanan ibu ni terlalu besar, terlalu besar. jangan pernah sesekali kita lupa. anak yang bertuah yang ibu kita ada bukan hanya anak yang belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, yang gaji besar, yang pangkat tinggi, yang bergaya, yang hot, bukan. anak yang bertuah itu anak yang sejuk perut ibu mengandung, yang baik, sopan santun, yang berbudi bahasa, yang ada agamanya dan sebagainya yang baik-baik belaka. itu juga hadiah untuk ibu kita, jangan sesekali kita lupa. maaf jika entri ini ada mengguriskan hati sesiapa, kepada yang bergelar ibu, semoga kamu dapat menjadi contoh yang terbaik untuk anakmu, dan buat anak-anak jadilah anak yang baik serta soleh/solehah.


"Ya Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ampunilah Dosa Ibu Bapa Kami, Berkatilah Hidup Mereka, Panjangkan Lah Umur Mereka, Lindungi Lah Mereka, Rahmati Lah Mereka, Kasihani Lah Mereka Seperti Mana Mereka Mengasihani Kami. Sesungguhnya Pengorbanan Mereka Tidak Terdaya Kami Membalas, Tapi Cukup Dengan Doa Ini Kami Memohon Padamu Yang Menjadikan Langit Dan Bumi. Perkenankan Lah Doa Kami Untuk Kesejahteraan Ibu Bapa Kami. Aamiin Ya Robb"

sekian daripada saya, Assalamualaikum :')

Tuesday, May 7, 2013

Share It :')


jom tengok handphone kesukaan ramai, masih hangat dipasaran. jom terjah Klik Sini


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera pada teman-teman dialam maya sekalian.

Apa khabar anda semua? Semoga masih diberikan kesihatan disamping keluarga tercinta.

Sungguh sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam nota alam maya ini. Mungkin anda semua terkejut bukan kerana tajuk nota yang saya kongsikan kali ini begitu hangat sesuai dengan hangatnya gelombang Pilihan Raya Umum yang ke 13 negara kita.

Saudaraku sekalian, memang benar sungguh saya pernah membenci Tok Guru Nik Aziz pada tujuh tahun yang lampau. Kenapa agaknya saya membenci beliau? Kerana pada ketika itu, saya baru berusia belasan tahun dan makanan media kami hanyalah media arus perdana.

Setiap hari kami diinduksikan dengan bahan-bahan berita keburukan beliau, keburukan Parti Islam Semelaysia (PAS) dan kemunduran negeri Kelantan. Saya masih ingat lagi ketika saya mempersendakan gaya Tok Guru di kelas bersama teman-teman sekelas dan mereka bergelak ketawa.

Namun begitu, Allah takdirkan ketika saya menyambung pelajar diperingkat pengajian tinggi saya menerima tawaran belajar itu di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan. Pada ketika itu semua saudara mara yang rapat dengan saya mengingatkan agar berhati-hati disana kerana itu negeri pembangkang.

Bila sebut negeri Kelantan, semua ada persepsi negatif kerana telah diolah kotak minda kami untuk mencurahkan rasa benci pada pimpinan dan negeri pembangkang itu.

Subhanallah.

Begitu hebat susunan Allah swt keatas diriku ini. Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya belajar di negeri pembangkang itu.

Hari pertama saya menjejakkan kaki disana sekitar pukul 5 pagi kerana kami baru tiba menaiki bas dari Kuala Lumpur, beg sandang saya mengandungi wang bernilai RM 1000 dan semua dokumen-dokumen penting untuk urusan sambung belajar tertinggal di stesen bas. Saya hanya menyedari beg sandang saya tidak ada pada pukul 9 pagi pada ketika saya sudah berada di asrama.

Segera saya meminta bantuan warden asrama untuk menghantarkan saya ke stesen bas itu agar saya mencari beg itu. Saya cukup bimbang kerana semua benda penting dan duit itu adalah duit belanja saya. Masih segar lagi di ngiang telinga saya kata-kata warden saya pada ketika itu:

"Jangan bimbang beg tu takkan hilang, kerana ini negeri Kelantan"

Saya seolah tidak mengerti kenapa warden itu berkata demikian. Adakah sekadar kata-kata memujuk untuk aku agar tidak begitu risau.

Allahurabbi.

Tatkala kami tiba disana, aku melihat beg sandang yang aku letak diatas bangku stesen bas itu langsung tidak berubah kedudukannya dan seolah-olah tidak pernah diusik langsung oleh sesiapa. Sungguh luarbiasa didikan negeri pembangkang ini terlintas dibenak fikiranku dan baru saya memahami maksud kata-kata warden tadi.

Kisah yang lain, ketika aku keluar bersiar-siar bersama rakan-rakan yang baru sampai dari Sabah untuk kebandar Kota Bharu. Alangkah terkejutnya kami semua bila melihat bandar Kota Bharu sebuah bandar yang maju, tidak seperti yang diwar-warkan kepada kami bahawa ia bandar yang mundur. Bahkan saya melihat ia lebih maju dari daerahku sendiri.

Bila kami perhati semua papan-papan iklan (Signboard) yang ada di Kota Bharu, apabila ia melibatkan gambar wanita pasti ia memakai tudung. Aku pernah melihat, seorang wanita orang putih memakai tudung disebuah iklan. Inilah didikan Tok Guru untuk masyarakatnya.

Demikian juga aku melihat papan tanda perniagaan di mana-mana hatta ia dimiliki oleh orang cina pun pasti ada tulisan jawi pada setiap papan tanda itu. Sungguh perjuangan mereka sampai kepada semua masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman agama.

Pada ketika aku dan teman-teman berjalan di sekitar pasar tamu di berhampiran pasar Siti Khadijah berlaku lagi suasana yang baru saya temui. Saat itu berkumandang azan asar, kami melihat segenap peniaga disekitar situ terus laksana meninggalkan perniagaan masing-masing tanpa menutup perniagaan mereka untuk solat. Subhanallah. Begitu tinggi keyakinan mereka dalam menjaga hak-hak Allah, pasti Allah menjaga hak-hak mereka.

Selama mana saya belajar di Kelantan tidak pernah sekali pun aku temukan papan-papan iklan yang menyebarkan iklan minuman-minuman arak dan sebagainya. Selama itu juga tidak pernah sekalipun saya temui pusat-pusat hiburan seperti karaoke dan pawagam. Sungguh aneh bagiku kerana benda itu tidak asing bagi kami di Sabah.

Bila menyebut Tok Guru, akhirnya saya bersua muka juga dengan Tok Guru. Pada ketika itu, ada seorang teman belajar mengajak saya ke medan ilmu katanya di Kota Bharu pada pagi jumaat. Saya pun ikut dan pergi kemedan ilmu itu, suasananya sungguh luar biasa. Kami terpaksa parking kereta lebih kurang 700 meter jauh dari tempat ceramah itu. Saya melihat begitu ramai orang hadir dan medan ilmu itu betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu.

Alangkah terkejutnya saya apabila menyaksikan sendiri ribuan orang sudah sampai dan dipentas sana aku melihat sebuah susuk tubuh yang tua dan orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Saya duduk mendengar ceramah beliau, dan sedikitpun saya tidak menemukan keburukan yang terkandung dalam ceramah beliau.

Itulah didikan seorang Menteri Besar Kelantan yang membudayakan ilmu pada masyakatnya. Kesannya saya memerhatikan besar atau kecil surau dan masjid-masjid yang terdapat di Kelantan pasti ada seorang Ustaz yang akan mengajarkan ilmu agama. Suasana ini tidak ada di negeriku.

Persepsi benci terhadap beliau beransur hilang. Masih lagi saya ingat saya pernah solat subuh di masjid madrasah beliau di Pulau Melaka. Saya menyaksikan begitu ramai jemaah baik dari penduduk tempatan mahupun pelajar madrasah itu datang memenuhi ruangan masjid itu. Beliau akan mengimamkan solat lima waktu di masjid itu bahkan beliau juga akan membuat pengisian ilmu disana.

Selesai solat subuh disana, saya sekali lagi berasa hairan kenapa ramai orang datang bahkan puluhan orang membawa bayi dan bertemu Tok Guru. Saya menyaksikan Tok Guru akan menggunting rambut bayi itu dan akan menyuapkan buah kurma pada bayi itu. Saya bertanya pada salah seorang sudah membawa bayi mereka untuk bergunting bersama Tok Guru.

"Kamu semua ni memang asal sini ke? Kenapa bawak bayi untuk bergunting dengan Tok Guru"

Inilah jawapan mereka:"Tidak semua dari kami berasal dari Kelantan, malah ada yang datang dari Terengganu dan negeri-negeri lain. Kami mahu biarlah makanan pertama yang masuk kedalam mulut anak kami adalah dari tangan ulamak seperti  Tok Guru"

Allahu Rabbi. Rupanya selama ini saya membenci insan yang mulia kerana dia seorang ulamak dan dia bukan sahaja seorang menteri besar. Sungguh saya telah berdosa. Persepsi benciku itu meleset sama sekali terhadap Tok Guru. Saya difahamkan hampir setiap hari orang akan datang membawa bayi yang baru lahir untuk bergunting dengan Tok Guru.

Pernah juga saya menyaksikan disaat ada majlis besar peringkat IPT negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan. Entah kenapa saya seolah terasa gembira saat Tok Guru akan tiba, sengaja saya duduk di kerusi hujung tempat laluan orang yang akan masuk kedalam dewan itu, agar saya dapat memerhatikan Tok Guru dari jarak yang dekat.

Subhanallah. Saat Tok Guru lalu betul-betul disebelah saya, saya dapat memerhatikan beliau mengenakan kasut yang popular dengan jolokan kasut kungfu. Setahu saya harganya tidak kurang dari RM 10 sahaja. Saya menyaksikan pakaiannya yang biasa dan diserasikan dengan kain pelekat dan serban pada kepalanya. Sungguh zuhudnya pemimpin bergelar Menteri Besar sepertinya.

Selama saya belajar di Kelantan, tidak ada seorang pun yang kempen untuk kepada saya perihal PAS mahupun perihal kebaikan Tok Guru. Namun, hati saya terbuka untuk mendokong mereka kerana saya menyaksikan sendiri, pemerintahan seperti inilah pemerintahan sebenar. Kalau baik pemimpin sesebuah negara itu, maka baik pula natijah kepada negara dan masyarakatnya.

Pemimpin seperti beliaulah pemimpin yang diidamkan oleh masyarakat sebenarnya. Saya sendiri menyaksikan itu semua secara realitinya, dan barulah saya sedari rupanya segala tomahan dan fitnah dimedia arus perdana itu adalah rekaan semata bahkan ianya adalah cerita menipu rakyat.

Justeru itu, hari ini begitu bersejarah bagi saya. Saya baru balik melihat ceramah perdana PAS dan pakatan rakyat di daerah saya sendiri. Sungguh saya menangis kegembiraan, kerana tanda kemenangan itu telah hadir didaerah ini.

Kalau benar mereka mentadbir negeri ini, sungguh kisah-kisah yang telah kulalui di sana pasti akan kulalui juga disini. Justeru itu, teman-teman sekalian. Kita sayangkan negara ini, marilah kita memilih pemimpin yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Tidak ada niat untukku berkempen dalam catatan ini. Namun, sekadar luahan hati seorang anak bangsa yang pernah membenci seorang ulamak namun kini cukup menyayangi dan mengagumi beliau. Segeralah kita membuka minda dan hati agar membuat keputusan yang terbaik dalam PRU kali ini.

Agar suatu masa nanti anak cucu cicit kita akan menerima budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan. In shaa Allah. Semoga kita semua diberikan kemenangan. Aamiiiin.

Mohon maaf andai catatan kali ini berunsur politik, namun tidak pula ingin meleraikan ukhuwah sesama muslim meskipun berbeza ideologi fahaman politik. Saya hormati prinsip anda dan saya mohon hormatilah prinsip kami yang ingin melihat negeri ini ditadbir oleh perjuangan yang membawa perubahan khususnya perjuangan negara Islam yang syumul.

Al Bakarah Ayat 208:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"

Thursday, May 2, 2013

Kalian Adalah KenanganKu~

jom tengok Samsung S3 Mini yang sememangnya comel dengan harga RM999 SAHAJA klik sini

Assalamualaikum, hai semua rindu cek dak? ahaks >.< hmm tiba-tiba ja aku selesa taip entri in kedahan ni sebab aku memang asal utagha :D takpa kot noh, tak salah kan? tak dosa kan? hihi. okay petang ni memang aku tak dak kerja, emm makan pun belum lagi ni even perut aku tengah nyanyi lagu rock aku still buat taktau kesian dia kan? kejamnya aku :3 takpa sat lagi kita makan nah sayang, kita mengadap laptop dulu, haha macam cakap dengan anak LOL. mood aku hari ni nak kacau orang sebenarnya, tapi aku taktau nak kacau sapa so aku takmau kacau sapa-sapa aku nak meng-update blog ni jangan kacau aku, kesian blog ni dah berhabuk *padahal semalam baru update LOL. kbai :3

hmm, pejam celik pejam celik dah bulan 5. hah bulan 5? dah nak masuk sekolah pulak jadi budak sekolah sat :'( aku dengan member harap sangat dapat U, bukan dapat awak yang baca ni tapi universiti, ahaks >.< harap sangat dapat, lagi satu harap dapat tempat yang sama sebab ramai member aku minta course yang sama. moga ada rezeki kami nak merasa U pulak. AAMIIN. sedihnyaaa, nanti dah terpisah masing-masing bawa haluan sendiri, ada kawan baru, ada kehidupan baru, hmm jangan lah lupa akuuu T_T mesti rindu hangpa sangat-sangat kenangan kita bersama tak akan aku lupa... cewah haha sebenarnya kami dapat masuk pra-U, rabu minggu depan 8 Mei 2013 kami pih daftar, huu segannya nak jumpa cikgu-cikgu, kawan-kawan mesti pakat tegur aku yang bertambah comel ni. hahaaa~

alahai, ahad ni geng kelas aku nak buat reunion. harap sangat aku tak dak apa-apa hari tu dan ramai yang join. kalau jadi nanti aku pih aku post entri pasal reunion pulak nahhh *macam ada orang kisah, bunyi cengkerik. emm emm, tak sabar nak jumpa member-member mesti pakat cantik dan handsome belaka. haiya orang pih mengundi kami sibuk nak buat reunion, bukan tak sabar-sabar tapi masa dah tak mengizinkan. *tapi memang tak sabar dah huahua. ehh kepada orang jitegha kedah mai lah join kami ahad ni 5 Mei 2013 dekat tasik darul aman pukul 4.30 petang. *ish nak buat kenduri ka buat reunion. err hihi sorry sorry. tak sabarnya rasa, mesti masa pih tu tak dengar suara bunyi cengkerik ja pakat malu semua, tapi lama-lama mesti tasik tu jadi zoo, oppsss! haha okaylah dah petang ni nak pih main pondok-pondok pulak. kbaii semua take kiaqqq *err take care ;)








sorry perempuan only, gambar laki aku tak jumpa pun -.- takpalah kita tetap kawan :P wajah ceria teman-temanku, semoga kalian diberkati Allah dan sentiasa di bawah lindunganNya. ukhwah fillah <3

1

2

3

HAIII :D


err, miss freedom SPM? terlepas sorang dari wad mana ni ya? haha iloveyousomuch kawan, cikgu, baju sekolah, beg sekolah, buku dan SEKOLAH :')
CopyRight Myakawaii