Assalamualaikum, alhamdulillah. kita masih diberi kesempatan dan nikmat yang besar daripada Allah SWT untuk bernafas di dunia pinjamanNya ini. setiap perjalanan hidup kita, kita perlu indahkan dengan perkara yang berfaedah supaya hidup selalu mendapat keberkatan daripada Allah SWT. okay, petang ni aku rasa tergerak hati untuk membuat entri tentang ilmu. ilmu itu terlalu luas, terlalu banyak, ada juga manusia yang anggap ilmu ini "nothing" dan harta itu segalanya, sebab apa aku kata macam tu? sebab ada sesetengah orang dalam dunia ni berhenti mengejar ilmu semata-mata nak kerja, sebab sudah bosan belajar dan sebagainya. jangan, ilmu itu sangat berguna, sangat-sangat berguna. subhanAllah.
tuntutlah ilmu, ilmu ada kepentingan dalam Islam dan dalam kehidupan juga. Masyarakat yang berilmu dan menguasai ilmu mempunyai akhlak dan akal yang adil serta jujur dan tidak akan melakukan sesuatu yang salah bukan sahaja kerana ia melanggar undang-undang negara dan hukum Islam, tetapi juga kerana ia melanggar asas akhlaknya. Saiidina Ali bin Abi Talib mengatakan, "Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada pendidikan". Mereka menjauhkan diri daripada tindakan dan pemikiran yang tidak adil dan tidak jujur, bukan hanya kerana melanggar hukum tetapi juga kerana mereka sendiri mempunyai sikap dan akhlak yang antiketidakadilan dan ketidakjujuran. Mereka juga akan sentiasa menjunjung dua petunjuk yang nyata, iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah selain ijmak dan bermusyawarah dalam setiap perbuatan dan bagi mencapai sesuatu keputusan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)".
Hamka pula berkata: “Ada ilmu ada harta jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang, kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”
Ilmu merupakan asas kepada kehidupan. Ianya merupakan perkara wajib bagi setiap manusia yang menjejakkan kaki didalam dunia ini. Tanpa mengira bangsa, kaum mahupun agama, Ilmu merupakan perkara pertama yang harus dimiliki oleh mereka.
Malah dalam Islam juga, ilmu menjadi tuntutan wajib bagi setiap umatnya. Malah wahyu pertama daripada Allah S.W.T kepada Baginda Rasulullah S.A.W juga berlandaskan ilmu melalui Surah Al - Iqra'. Perkara pertama yang diajar kepada Baginda S.A.W adalah untuk membaca.
Demikian juga yang diterangkan dalam kitab Ihya Ulumiddin, hasil tulisan Imam Al - Ghazali dimana bab pertama buku tersebut menerangkan kepada kita mengenai ilmu. Ia terkandung dalam bahagian (rubu') ibadah yang melengkapi 10 kitab. Kitab ilmunya sahaja ada 7 bab:
1. Kelebihan Ilmu, Mengajar dan Belajar.
2. Ilmu Fardu Ain dan Fardu Khifayah serta memperjelaskan ilmu akhirat dan ilmu dunia.
3. Tentang apa yang dihitungkan oleh orang awam serta jenis ilmu yang tercela.
4. Bahayanya perdebatan dan menyebabkan manusia sibuk dengan berselisih serta bertengkar.
5. Adap pengajar dan pelajar.
6. Bahaya Ilmu, Ulama serta tanda - tanda Ulama Dunia dan Ulama Akhirat.
7. Tentang akal.
Ilmu itu cahaya daripada Ilahi
Memancar keluar melahirkan amal
Memancar ke dalam menzahirkan iman
Bagai alam tanpa sinar mentari, gelap pekat hilanglah indah, sirnalah seri, begitulah hati tanpa ilmu, kontanglah ia daripada petunjuk Ilahi, buta mata tanpa cahaya, buta hati tanpa ilmu. BENARLAH seperti yang diungkapkan, ilmu itu cahaya , jahil itu kegelapan.
Benarlah seperti kata Imam Syafie, “Semakin bertambah ilmuku, terasa semakin banyak yang aku tidak tahu”
jom menuntut ilmu sehingga akhir hayat kita.
Bismillah~
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin
semoga ia bermanfaat buat semua sahabat, Assalamualaikum :)
tuntutlah ilmu dgn sebaik-baiknya supaya dpt dibuat bekalan di akhirat kelak...ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah..
ReplyDeleteYap. Betul tu sis :D
DeleteNice entry...jomlah menuntut ilmu sehingga akhir hayat kita...:)
ReplyDeleteTerima kasih. Jom :D
Deletebetul sis..entri yang baik...
ReplyDeleteTerima kasih. Kongsi2 ilmu ni :)
Deletesalam perkenalan
ReplyDeletedone follow
http://www.iuzira.com/2013/05/my-doodle-dah-siap-by-munirah-mn.html
Terima kasih ..
Delete