Monday, September 22, 2014

Salam Terakhir..


Assalamualaikum ..
happy monday ;)

sometimes kita buat keputusan tanpa fikir hati dan perasaan orang lain, dan sometimes juga kita buat keputusan tanpa fikir kesan untuk hari yang akan datang. mungkin masa tu kita terlalu berkeras dengan keputusan kita, mungkin kita rasa keputusan kita tu dah betul, dah tepat. tapi sayangnya, bila kita dah tersalah langkah dengan keputusan yang kita buat, peluang kedua untuk kita mungkin juga tipis..

seandainya masa itu dapat diputar kembali, tak akan aku pilih jalan itu. seandainya masih ada peluang untuk aku, tak akan aku persiakan lagi. tapi.. semuanya seakan gelap, mungkin tiada jalan lagi untuk aku peroleh peluang kedua. betapa kecewanya hati ini, hanya Allah swt yang tahu, betapa sakit dugaan ni.

wahai hati, bersabarlah.. ini dugaan, ini ujian, pasti ada hikmahnya. jangan kamu gelisah, jangan kamu resah. fikirlah, disebalik ini semua ada kebaikan buat kamu. wahai hati, kuatlah.. aku yakin airmata ini suatu saat nanti akan menjadi airmata kebahagiaan buat kamu. jangan bersedih, Allah bersama kamu :')

"awak, sekarang saya dah berhenti berharap. saya dah berhenti menunggu awak. saya berharap sepenuhnya pada Allah. biarlah DIA yang menentukan semua tentang KITA"

special for you ..


Monday, May 19, 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Saturday, May 17, 2014

Dua Hati Dipilih Bersatu~

 

malam ni mira nak kongsi satu cerita dengan awak awak semua, malam ni tak ada aktiviti apa just nak bermanja dengan blog ni. err --" mira ada satu cerita, then dari mana mira dapat cerita ni? emm biarlah rahsia ^^

ada sepasang kekasih ni dorang kenal dekat laman sosial Facebook, nama lelaki tu Akim, and perempuan tu Lisa. just dari situ dorang berkenalan, then chatting punya chatting baru dorang tahu yang dorang ni satu sekolah. bila dah kenal, rajin berjumpa, bertegur semua, dorang jadi rapat lah kan, then Akim decide nak minta 'couple', biasalah kan remaja. first tu memang Lisa tak terima, tapi bila dah lama kenal Akim, dah tau latar belakang Akim, dia pun terima. dorang pun couple, then hari demi hari sayang tu bertambah. tapi si Lisa ni degil orangnya, then ego sangat-sangat. selalu cari salah Akim, selalu nak marah-marah Akim, nak Akim beri perhatian dekat dia ja, cemburu tak payah cerita memang kuat cemburu betul si Lisa ni, tak ada maknanya dia nak bagi Akim rapat dengan perempuan lain, tapi kalau dia berkawan rapat dengan lelaki lain tak apa, alasannya "lelaki ada empat tempat kosong, kalau perempuan cuma satu di hati".

walaupun dorang ni suka bergaduh, bertengkar, tapi Akim ni penyabar orangnya selalu mengalah, selalu memujuk si Lisa ni. tapi Lisa ni perangai dia pelik sikit selalu buat hal, tak pernah nak jaga hati si Akim langsung. Akim ni banyak sangat berkorban untuk Lisa, dia sanggup bersabar dengan perangai Lisa ni. tiga tahun dia bersabar dengan perangai Lisa ni, cuba bayang betapa sabarnya Akim ni. tapi itulah, perangai si Lisa ni dah melampau-lampau sampaikan hati Akim mula berkeras dengan dia. bila dorang gaduh, bertengkar, mesti Lisa akan kena marah balik. even Lisa nampak Akim semakin berubah, dia tetap dengan perangai dia tu. dia tak pernah serik dengan perangai dia yang selalu buat Akim sakit hati.

sampai satu tahap ni si Lisa decide nak putus dengan Akim, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba tak contact si Akim. Akim call, mesej dia berkali-kali dia tak jawab. so, last Akim call, dia pun angkat. Akim tanya Lisa 'Lisa nak sampai sini saja ke hubungan kita?', Lisa pun mengiakan, then Akim cakap 'so k, kalau ni yang Lisa nak, kalau ni yang boleh buat Lisa bahagia. jaga diri, Assalamualaikum'. then Akim pun letak phone. dekat seminggu Akim tak contact Lisa, sebelum ni even Akim busy dia call juga, tapi kali ni dia mendiamkan diri. Lisa pun berbahagia dengan perangai dia, then sampai satu saat dia jadi teringat-ingatkan Akim, then dia pun cari Akim balik, contact Akim. tapi Lisa ingat perbuatan dia tu boleh dimaafkan, sorry jela Akim dah tak layan dia. Akim tak boleh terima dia balik, luka tu masih berdarah, and makin bernanah dengan kehadiran Lisa yang seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. tapi, sebenarnya masing-masing masih saling mencintai, tapi dorang decide untuk benar-benar putus, sebab Akim dah tak mampu terima Lisa. hmm

hubungan selama 4 tahun tu pun berlalu... masing-masing dengan hal sendiri, masing-masing dah ada kerjaya sendiri, and dorang dah tak contact. semuanya dah berubah, sangat-sangat berubah. after five years, dengan kuasa Allah, dorang dipertemukan di sebuah cafe, masa tu Lisa tengah minum sorang-sorang, then Akim nampak, so Akim tegur, then hari demi hari dorang macam refresh balik kenangan dulu-dulu, macam cinta berputik kembali ah. then one day, Akim decide want to become engaged with Lisa, and getting married. dorang pun berkahwin, and happy ending. Alhamdulillah.

Jika Allah izinkan maka ia bakal jadi milik anda, jika Allah tidak mengizinkan maka ia perlu ditangguh sementara. jika kita belum bersedia, Allah akan rancang yang terbaik untuk kita. dan bila kita sudah bersedia Allah hadiahkan pada kita apa yang dirancang olehNya. SubhanaAllah~

Friday, May 16, 2014

Hari Guru 2014 Giveaway RM100~

Assalamualaikum,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani~

http://www.hasrulhassan.com/2014/05/giveaway-rm100-tunai-sempena-hari-guru.html 

Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang telah banyak berjasa, dan tidak pernah lelah mengajar, serta mendidik saya dari bayi, umur 5 tahun, umur 7 tahun, umur 13 tahun, sehingga sekarang. Selamat Hari Guru kepada mama abah, cikgu-cikgu tadika, cikgu-cikgu sekolah rendah, cikgu-cikgu sekolah menengah, dan pensyarah uitm perlis. jasa dan pengorbanan cikgu tak akan saya lupa dan akan sentiasa mekar diingatan. saya tak akan pernah lupa jasa cikgu-cikgu yang gigih berusaha mendidik kami menjadi manusia yang berguna. terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. semoga cikgu-cikgu sentiasa dalam keberkatan dan keredhaan Allah. tanpa anda jahil lah kami. TERIMA KASIH CIKGU~

Thursday, May 15, 2014

Inilah Dia Wanita Terpilih~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
and
good peace, good afternoon to all beloved blogger~

 
 
siapa muslimah? siapa yang layak digelar muslimah? siapa? siapa-siapa saja boleh digelar muslimah, awak juga boleh, dia juga boleh, kita semua juga boleh. mira pasti, ramai yang teringin sangat nak dapat jadi muslimah sejati tapi banyak halangan yang mungkin kita sendiri buat. kalau bercakap soal hidayah, hidayah itu milik Allah swt, dan hidayah itu sentiasa ada, mungkin kita tidak pernah sedar hidayah itu ditiup ke hati kita, ditiup di sekitar kita, kerana kita lebihkan dunia, dan endahkan apa yang indah di hadapan Allah swt. mira juga tidak sempurna, dan mira sendiri tak memenuhi ciri-ciri muslimah, tapi mira sentiasa cuba untuk memenuhinya. setahun mira belajar di Perlis, ramai kawan mira yang cuba untuk berubah, Alhamdulillah, semangat mereka semua telah membuat mira sedar betapa indahnya jadi seorang muslimah. mira sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan-insan yang banyak memberi contoh yang baik, dan banyak yang mira belajar dari sikap, dan cara masing-masing. In Shaa Allah. mudah-mudahan apa yang diniatkan dipermudahkan olehNya. hari ini, mira nak kongsikan ciri-ciri muslimah sejati, dan mira tahu rakan-rakan, saudara-mara, adik-beradik, dan sesiapa pun ingin memenuhi ciri-ciri sebagai muslimah, ingin kembali kepada Allah swt.
 
ciri-ciri seorang muslimah sebenar :
  1. solat lima waktu, di awal waktu dan tidak pernah tinggal.
  2. menutup aurat dengan sempurna (berpakaian tidak jarang, bertudung labuh yang tidak jarang, menutup dada, sebolehnya menutup bahu sekali, berstokin, berlengan baju cekak atau memakai handsock untuk cover lengan, berpakaian longgar)
  3. rajin (belajar, buat kerja rumah, mengemas rumah)
  4. mengutamakan kebersihan (suka tempat yang bersih, suka pakaian yang bersih, kata orang suka menanam pokok bunga dan sukakan bunga juga adalah seorang yang pembersih)
  5. bila bercakap sentiasa selitkan kalimah (Alhamdulillah, In Shaa Allah, SubhanaAllah, Allahu Akbar)
  6. tidak mencarut atau sumpah seranah.
  7. bercakap sopan, lemah lembut, dan bukan dibuat-buat (gedik)
  8. menjaga mata, telinga, mulut.
  9. mulut sentiasa bercakap yang baik-baik.
  10. sentiasa senyum, tetapi jika dengan bukan mahram elakkan senyum yang paling manis, senyum sinis saja.
  11. tidak suka kongsikan gambar di laman sosial.
  12. tidak menghebohkan perasaannya, menyembunyikan kesedihannya.
  13. jalan kepala tunduk apabila berjalan berdekatan bukan mahram.
  14. tidak gelak terbahak-bahak.
  15. menjaga lidah.
  16. tidak menyakiti hati orang lain dengan ucapannya.
  17. berpuasa.
  18. perbanyakkan amalan sunat dan zikir.
  19. gemar berpuasa sunat untuk hindari maksiat.
  20. suaranya sukar didengari oleh bukan mahram. 
  21. sentiasa mendampingi al-Quran.
  22. tidak mengeluh bila hadapi ujian, dugaan.
  23. setiap inci auratnya dijaga dari pandangan bukan mahram dan yang bukan Islam.
  24. menghormati ibu bapa.
  25. berkuku pendek.
  26. tidak keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  27. menerima dugaan sebagai ujian Allah dan kafarah dosa.
  28. tidak boros dalam berbelanja.
  29. pandai bergaul dengan semua orang.
  30. tidak memandang harta benda atau kekayaan hidup.
  31. tidak berpura-pura baik untuk mendapat pujian atau sanjungan daripada manusia.
dan banyak lagi, tapi bagi mira ciri-ciri yang mira tahu ini sangat indah jika ada pada wanita zaman sekarang. mira juga sedang berusaha ke arah itu, In Shaa Allah, dengan sokongan dan dorongan keluarga, kawan-kawan, dan yang lain. Islam itu mudah, tapi jangan ambil mudah kerana kita hanya inginkan keberkatan dan keredhaan Allah swt. jika sempurna ciri-ciri muslimah, kita adalah yang sempurna di hadapan Allah, In Shaa Allah. mira pernah terbaca sabda Rasulullah saw, walaupun seorang wanita itu berpuasa di bulan ramadan, solat lima waktu, menutup aurat dengan sempurna, tetapi dia menyakiti hati orang lain dengan lidahnya, maka dia ahli neraka. subhanaAllah. jadi, marilah sama-sama kita muhasabah diri, dan tengok kekurangan diri kita, In Shaa Allah, suatu saat nanti kita akan menjadi seorang muslimah~
CopyRight Myakawaii