Sunday, May 4, 2014

Expression Of My Heart ...



assalamualaikum~
good evening... 
I hope you all feel happy today!

Kadang-kadang,
aku tersenyum,
kadang-kadang,
aku tertawa,
kadang-kadang,
aku menangis,
kadang-kadang,
aku marah,
kadang-kadang,
aku sepi,
kadang-kadang,
aku sendirian,
kadang-kadang,
aku seorang yang sukar diteka katanya...

kadang-kadang,
aku ego,
kadang-kadang,
aku pentingkan diri sendiri,
kadang-kadang,
aku ambil mudah,
kadang-kadang,
aku sengaja sibukkan diri,
kadang-kadang,
aku endahkan nasihat,
kadang-kadang,
aku seorang yang tidak sempurna, bukan?

kadang-kadang,
aku menyakiti hati,
kadang-kadang,
aku menyiksa hati,
kadang-kadang,
aku kejam,
kadang-kadang,
aku tidak peka,
kadang-kadang,
aku buta, buta segalanya,
kadang-kadang,
aku terlupa,
kadang-kadang,
aku menyesal,
kadang-kadang,
aku terfikir indahnya jika aku dapat menjaga semua hati mereka :)

sayuuu, walaupun kadang-kadang, ia sangat menyakitkan, sangat menyiksakan, tapi aku, aku manusia yang tak pernah lari daripada berbuat dosa, aku pendosa. tetapi, pendosa tidak akan terus berbuat dosa, hidayah itu milik Allah... suatu saat, taubat itu dipilihnya, bersujud semahu-mahunya, memohon ampun, memohon jalan daripada Allah SWT...

sayuuu, walaupun hati meronta, tapi aku tetap ingin teguh, kerana sesaat saja dunia yang aku sedang diami. doa, demi doa, mudah-mudahan ia beri petunjuk daripadaNya. jika aku, aku menyakiti hati kalian, maafkan aku. jika aku, aku melukakan hati kalian, maafkan aku. jika aku, aku menyiksa hati kalian, maafkan aku. jika aku, aku melakukan sesuatu yang membuat kalian terasa dalam sedar ataupun tidak, maafkan aku. dan aku, aku akan cuba berubah, dan aku mohon pada kalian, doakan aku supaya bertemu dengan jalan yang benar. jika ia sangat sukar, lupakan namaku, maafkan aku...

yang ikhlas,
smileymiya

Ready Stock~

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat malam to all blogger yang matanya still celik, still blogwalking, still update, and still singgah-menyinggah *HAI SEMUA* ^_^ okay tonight cik mira nak kongsi pasal satu produk ni, sekarang sedang hangat di pasaran *hot items* ehem ehem, nak cerita sikit lah, sebelum ni aku pun tak guna produk ni, tapi aku tension pakai produk tu tak menjadi, produk ni tak menjadi, so, aku terjumpa produk baru ni, masa tu umur aku 17 tahun tak silap, aku try pakai, subhanaAllah, kulit muka aku nampak perbezaan dia, fuhh lega dapat berkenalan dengan produk baru ni. okay let me show you the benefits, effects, and how to use this product...

*MEMPERSEMBAHKAN*

100% TANPA PENGELUPASAN 

Nour Ain Beauty Care merupakan produk berasaskan herba-herba terpilih yang mampu menyihatkan kulit wajah serta mengembalikan seri wajah yang hilang berpunca daripada kulit rosak. Herba-herba terpilih yang terdapat di dalam produk Nour Ain, menjadikannya produk yang berkualiti tinggi yang mampu memberi kepuasan yang maksima kepada para penggunanya. Sangat berkesan untuk kulit normal dan kulit yang mempunyai masalah jerawat serta jeragat.

Ciri-Ciri Produk Nour Ain:
  1. Beraskan Herba-herba terpilih
  2. Mengandungi vitamin C
  3. Sesuai untuk semua jenis kulit
  4. Tiada berlaku pengelupasan
  5. Memberi Keseimbangan kelembapan pada kulit
  6. Menyerikan kulit wajah
  7. Sesuai untuk lelaki dan wanita
Produk Nour Ain telah didaftarkan dengan KKM :
Nour Ain Beauty Soap (Not120503661k)
Nour Ain Uv Foundation (Not110903959k)
Nour Ain Night Cream (Not120506492k)
Nour Ain Freshener Toner (Not120905482k)
Nour Ain Vit-C Serum (Not120503660k)
Nour Ain Multi-V Cream (Not120600653k)



Beauty soup :
  • Bertindak sebagai ejen pembersih.
  • Menjadikan kulit gebu dan lembut.
  • Penggunaan yang berterusan akan meredakan pertumbuhan jeragat dan jerawat.
  • Meresap jauh ke setiap Hang roma untuk menyingkirkan kotoran yang terpendam.
  • Mengawal penghasilan melanin agar kulit cerah berseri.
CARA PENGGUNAAN : 

GUNAKAN 2 KALI SEHARI UNTUK TUJUAN PEMBERSIHAN SIANG DAN MALAM.

Foundation:
  • Gabungan rumusan pencerahan kulit serta perlindungan khusus UVA, UVB menghasilkan kulit wajah yang lembap, berseri, halus, gebu dan cerah secara semulajadi. 
  • Bertindak sebagai ejen perlindungan sinar UV dan alas bedak. 
  • Memperbaiki struktur kulit secara mendalam 
  • Diperkaya dengan ramuan semulajadi 
  • Sesuai bagi semua jenis kulit
CARA PENGGUNAAN :

RATAKAN KRIM PADA SERATA WAJAH DAN BAHAGIAN YANG PERLU PAGI DAN PETANG JIKA PERLU.
Night Cream:
  • lanya sangat berkesan untuk mereda, memudarkan dan menghilangkan jerawat, juga jeragat dan anti kedutan. 
  • Menolong mengatasi masalah pori terbuka, bintik hitam, bintik putih dan kulit cela.
  •  Menyingkirkan garis halus kulit kusam dan tidak rata, tompokan gelap dan masalah kulit lain. 
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita, remaja dan dewasa.
CARA PENGGUNAAN :

SAPUKAN NIPIS PADA WAJAH DAN LEHER (MALAM SAHAJA ) SELEPAS PENGGUNAAN BEAUTY SOAP.

PASTIKAN WAJAH DALAM KEADAAN LEMBAP.
Facial Toner:
  • Membantu menghilangkan bintik hitam selain menyegar dan menghaluskan kulit wajah.
  • Dirumuskan utntuk menutup kembali liang pori dan mendinginkan serta mengembalikan kelembutan kulit wajah.
  • Membantu membersihkan kulit wajah dan meresap jauh ke dalam epidermis kulit, menutup pori dan mengembalikan kelembutan kulit wajah.

CARA PENGGUNAAN :
SELEPAS CUCI MENGGUNAKAN BEAUTY SOAP, SEMBURKAN TONER KE SERATA KULIT WAJAH DAN RATAKAN . BIAR SEHINGGA KERING 
vitamin c-serum:
  • Bertindak sebagai perawatan terapi pada kulit
  • Mampu atasi masalah radangan kulit
  • Berfungsi sebagai Vitamin C semulajadi pada kulit yang kusam, kering dan tidak bermaya, menjadikan muka berseri-seri.
  • Menjadikan kulit lebih anjal, tegang & lembap - nampak basah & segar.
  • Anti penuaan, tanpa suntikan - hanya sapuan luar sahaja.
Cara Penggunaan:

  • Cuci muka dengan Nour Ain Beauty Soap - lap sehingga kering.
  • Sembur Nour Ain Toner - ratakan pada muka
  • Ratakan UV Foundation pada keseluruhan wajah / bahagian yang perlu
* Penggunaan pada siang hari sahaja (pagi / petang)
multi v-cream:
  • Menghilangkan garis-garis halus pada wajah.
  • Menambahkan collagen pada kulit wajah.
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit.
  • Efektif menahan paparan sinar ultraviolet sehingga kulit tetap terlindung, menjaga kesegaran kulit dan mencegah keriput.
  • Berfungsi sebagai antioksidan yang berperanan meremajakan kulit.
  • Mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yang boleh menimbulkan gangguan kulit.
  • Sangat baik untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.
  • Dapat mengatasi kelesuan

CARA PENGGUNAAN :
DIGALAKKAN UNTUK DIGUNAKAN SETELAH HABIS SET PERTAMA 3 IN 1.
HAL INI KERANA WAJAH SUDAH DIBERSIHKAN DAN LEBIH SENANG UTK MENYERAP MULTI V CREAM INI.
DIGUNAKAN SAMADA SIANG ATAU MALAM. JIKA DIGUNAKAN PADA WAKTU SIANG, TIDAK PERLU MENGGUNAKAN UV FOUNDATION PADA WAKTU YANG SAMA.
JIKA DIGUNAKAN PADA WAKTU MALAM, TIDAK PERLU MENGGUNAKAN KRIM MALAM PADA WAKTU YANG SAMA. 




 

De'5 kolagen
 


 



grab it nowww! saya juga pengguna nour ain ;)

 

set lengkap 5 in 1 hanya RM100
+
1 box (sabun, uv, and night cream)
+
serum
+
toner
+
free postage kecuali SABAH SARAWAK
+
free gift
=
cuma RM100

let we try it, In Shaa Allah, ada kesannya.. untuk sebarang pertanyaan, keterangan atau order boleh PM fb : Nor Amira, atau whatsapp : 017-624-1255. saya juga ada testimoni dari kawan baik saya sendiri, dia juga menggunakan Nour Ain Beauty Care sebagai pilihan untuk mencapai cahaya keanggunan sejati :)
 

sebelum dan selepas, alhamdulillah selepas menggunakan Nour Ain Beauty Care wajahnya semakin baik, jerawat juga hilang, putih lagi gebu :) siapa ingin mencuba boleh terus whatsapp 017-624-1255 jika ingin respon yang cepat. grab it now, cahaya keanggunan sejati ...

Saturday, May 3, 2014

55 Sunnah Rasulullah SAW~

assalamualaikum, hey boys and girls.. *macam tak sesuai ja err* CUTTT~~~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, may the peace and mercy of Allah be with you my beloved blogger~ okay sekarang pukul *satu dua puluh lima* pagi, awal lagi kan kan? sooo, mornight I want to share with you all what information I get from facebook a while ago. okay tadi aku scroll newsfeed facebook aku terjumpa orang share pasal *55 Sunnah Rasulullah* ni, aku pun tergerak hati nak share this knowledges with you all. In shaa Allah, kita amal slow-slow, mudah-mudahan yang baik ni lah Allah akan permudahkan, Aamiin...

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH~

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala HB isinya.


Alhamdulillah, selesai sudah post untuk kali ni, mudah-mudahan kita dapat amalkan Sunnah-Sunnah Rasulullah, mudah-mudahan kita mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW, In shaa Allah... moga perkongsian ni dapat menambah info hangpa semua. hee mornight, assalamualaikum :*

Friday, May 2, 2014

Terus Menungguuu~

Assalamualaikum, dan selamat malam. ehh hai the next post *tah apa lagi post mengarut budak ni*... ehem ehem, before that I want to tell you that tonight I was waiting for someone. sekarang sudah pukul *dua sebelas* pagi, ada akai jari jemari menari-nari di malam hari ^_^ actually mata aku dah mengantuk, tapi aku macam nak tidur tak tidur ja. so, dapat idea nak update blog jela hilangkan bosan malam ni... actually lah aku tak ada benda pun yang nak post tapi aku gagah jugak nak menaip malam ni. ish ish -___-

1 Mei 2014, labor dayyy :D aku tak ada aktiviti pun hari tu sebab members adik aku memenuhi ruang rumah dan tak dapet lah eden dan family keluar -___- tapi petang tuuu... aku rileks-rileks sambil main handphone busy ber-whatsapp, ber-facebook, ber-wechat, dan ber-mesej, tiba-tiba datang hamba Allah yang cun melecun ni *member* wechat ajak keluar, yeah we have same instinct that time. *joget joget* aku pun keluar lah dengan dia even hati tengah parah berdarah menanah, tapi aku tetap buat hidup aku ni ceria :D so, kami just pusing-pusing Jitra Mall, then makan-makan as the king of food kennn? haha then lepas tuuu kami p meronda dekat kampung-kampung Malau, Bukit Wang mungkin... aku pun taktau sebab mulut aku tak berhenti bercerita, haha sah member aku tu rasa macam nak sumbat kapas ja dalam telinga ~,~  thanks friend you make my day :*

*tuttt siaran beralih*

today aku dapat tau abey nak bedah, sebab dia kena *radang tenggorokan* in malay aku taktau haha. tadi tengahari aku sempat chat dengan dia, lepas tuuu dia call aku, aku tak dengar -___- petang tadi sejam sebelum dia masuk bilik bedah aku call dia, kesian dia dengan sakit tekak tu aku suruh dia cakap kuat sikit sebab bising dekat Jitra Mall tadi. em em, pukul 6 lebih kot dia masuk bilik bedah, dan sekarang aku taktau lagi berita dia macam mana. hmm, bila kenal dia aku rasa hidup aku dalam sinetron, dia sakit, dia nak bedah pun family dia taktau, punya sayang takmau bagi family risau, tapi dia bagi aku risau takpa pulakkk --" haih abey abey, mudah-mudahan cepat sedar, cepat sembuh. rindu sangat nak dengar *adee jangan lupa sholatnya ya* *adee jaga dirinya ya* *adee jangan pulangnya telat ya* *daa adee, daa adee, daa daa* rinduuu nak dengar suara ceria dia even dia sakit tekak haha. untung adik kamu abey sebab ada abang macam abey ni, moga Allah merahmati abey, dan lindungi abey......

*tuttt siaran kembali beralih*

oh maiii, sekarang pukul *dua empat puluh tiga* pagi *blink blink* ^_^ tidur-tidur, esok ada event pula lepas solat Jumaat, yihaaa~ mornight pepolsss, don't be a night owl okay? baibai ;) 

Wednesday, April 30, 2014

Semester Break!!!

Assalamualaikum, good evening ladies and gentlemen, boys and girls! *beginning of public speaking* yehaaaa :D ehem ehem, okayyy ni bukan public speaking or what, tapiii cik mira nak update blog yang dah bersawang bopa taun ni pun taktau laaa. tiba-tiba rindu dekat dia, and nowww it's time for an update! seronok dak seronok dak? haha coiyyy! dah lama aku tinggal dunia blog ni, teringin nak jenguk blogger lain. oh sebelum tu, hangpa sehat dak? Alhamdulillah... mudah-mudahan sihat belaka. sekarang ni aku tengah cuti sem, cerita p lah sikit even takdak sapa nak tau. hikhik :3 sem depan, In shaa Allah bakal bertemu dengan sem 3. terasa sattt sangat dah masuk tahun kedua aku study sana, ala sana *uitmperlis*. Alhamdulillah dekat sana banyak benda aku belajar, bukan setakat course tu ja aku belajar, tapi aku belajar kenal Allah lebih mendalam, belajar berkawan dengan lebih baik, dan belajar course orang lain tu memang dak laa course aku pun bagai telur dihujung tanduk. hee :D

*cium blog ni sikit*

ohh, where are we now? oh okay semester break yehaaa. actually semester break kali ni sangat-sangat membosankan... aku taktau nak buat apa, keluar masuk keluar masuk rumah menghabiskan cuti plus menghabiskan duit juga, okay sedihkan? okay takpa this is my life *blink blink* cuti ni nak kata aku takdak aktiviti takdak kerja sangat pun tak boleh sebab aku ada jugak lah kerja. hihi :D ada lah meniaga sikit-sikit, macam ni lah student holidays.

oh ya, aku nak promot dekat abang-abang, adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik, datuk-datuk, dan nenek-nenek semua, let we try this product *Nourain beauty care*, aku dah cuba memang sangat berkesan ramai yang tegur perubahan kulit muka aku, *sumpah tak tipu* *blink blink* tapi memang betul tak rugi kalau mencuba, yehaaa :D kalau nak cuba boleh laa pm/whatsapp cik mira sekarang fb : Nor Amira, whatsapp : +6017-624-1255


 

5 in 1
RM100/set
free postage+free gift (Semenanjung Malaysia)
postage RM10+free gift (Sabah&Sarawak)


 

wajah cerah sekata tanpa cela~



GRAB IT NOW!
NourAin Beauty Skin Care
Cahaya Keanggunan Sejati
CopyRight Myakawaii