Sunday, May 12, 2013

Ilmu Adalah Harta~



Assalamualaikum, alhamdulillah. kita masih diberi kesempatan dan nikmat yang besar daripada Allah SWT untuk bernafas di dunia pinjamanNya ini. setiap perjalanan hidup kita, kita perlu indahkan dengan perkara yang berfaedah supaya hidup selalu mendapat keberkatan daripada Allah SWT. okay, petang ni aku rasa tergerak hati untuk membuat entri tentang ilmu. ilmu itu terlalu luas, terlalu banyak, ada juga manusia yang anggap ilmu ini "nothing" dan harta itu segalanya, sebab apa aku kata macam tu? sebab ada sesetengah orang dalam dunia ni berhenti mengejar ilmu semata-mata nak kerja, sebab sudah bosan belajar dan sebagainya. jangan, ilmu itu sangat berguna, sangat-sangat berguna. subhanAllah.

tuntutlah ilmu, ilmu ada kepentingan dalam Islam dan dalam kehidupan juga. Masyarakat yang berilmu dan menguasai ilmu mempunyai akhlak dan akal yang adil serta jujur dan tidak akan melakukan sesuatu yang salah bukan sahaja kerana ia melanggar undang-undang negara dan hukum Islam, tetapi juga kerana ia melanggar asas akhlaknya. Saiidina Ali bin Abi Talib mengatakan, "Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada pendidikan". Mereka menjauhkan diri daripada tindakan dan pemikiran yang tidak adil dan tidak jujur, bukan hanya kerana melanggar hukum tetapi juga kerana mereka sendiri mempunyai sikap dan akhlak yang antiketidakadilan dan ketidakjujuran. Mereka juga akan sentiasa menjunjung dua petunjuk yang nyata, iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah selain ijmak dan bermusyawarah dalam setiap perbuatan dan bagi mencapai sesuatu keputusan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)".

Hamka pula berkata: “Ada ilmu ada harta jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang, kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”

Ilmu merupakan asas kepada kehidupan. Ianya merupakan perkara wajib bagi setiap manusia yang menjejakkan kaki didalam dunia ini. Tanpa mengira bangsa, kaum mahupun agama, Ilmu merupakan perkara pertama yang harus dimiliki oleh mereka.

Malah dalam Islam juga, ilmu menjadi tuntutan wajib bagi setiap umatnya. Malah wahyu pertama daripada Allah S.W.T kepada Baginda Rasulullah S.A.W juga berlandaskan ilmu melalui Surah Al - Iqra'. Perkara pertama yang diajar kepada Baginda S.A.W adalah untuk membaca.

Demikian juga yang diterangkan dalam kitab Ihya Ulumiddin, hasil tulisan Imam Al - Ghazali dimana bab pertama buku tersebut menerangkan kepada kita mengenai ilmu. Ia terkandung dalam bahagian (rubu') ibadah yang melengkapi 10 kitab. Kitab ilmunya sahaja ada 7 bab:

1. Kelebihan Ilmu, Mengajar dan Belajar.
2. Ilmu Fardu Ain dan Fardu Khifayah serta memperjelaskan ilmu akhirat dan ilmu dunia.
3. Tentang apa yang dihitungkan oleh orang awam serta jenis ilmu yang tercela.
4. Bahayanya perdebatan dan menyebabkan manusia sibuk dengan berselisih serta bertengkar.
5. Adap pengajar dan pelajar.
6. Bahaya Ilmu, Ulama serta tanda - tanda Ulama Dunia dan Ulama Akhirat.
7. Tentang akal.


kejarlah ilmu, carilah sehingga ke negara cina kerana ilmu itu terlalu luas, terlalu banyak. ilmu Allah sememangnya banyak dan berguna. ilmu itu harta kita dunia akhirat, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya, maka hendaklah ia menuntut ilmu.” jangan kita pandang rendah dengan ilmu, adanya ilmu macam-macam kita boleh buat. subhanAllah, tingginya ilmu Allah SWT.


Ilmu itu cahaya daripada Ilahi
Memancar keluar melahirkan amal
Memancar ke dalam menzahirkan iman

Bagai alam tanpa sinar mentari, gelap pekat hilanglah indah, sirnalah seri, begitulah hati tanpa ilmu, kontanglah ia daripada petunjuk Ilahi, buta mata tanpa cahaya, buta hati tanpa ilmu. BENARLAH seperti yang diungkapkan, ilmu itu cahaya , jahil itu kegelapan.

Benarlah seperti kata Imam Syafie, “Semakin bertambah ilmuku, terasa semakin banyak yang aku tidak tahu”


jom menuntut ilmu sehingga akhir hayat kita.

Bismillah~


Aamiin Ya Rabbal 'Alamin



semoga ia bermanfaat buat semua sahabat, Assalamualaikum :)

Saturday, May 11, 2013

Eh, Selamat Hari Ibu?


Kasihmu Ibu Sehingga Ke Syurga

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera buat si cantik dan si kacak sekalian. aku bukan nak ucap selamat hari ibu ka apa ka dak, aku hanya nak tekan di sini bahawa setiap hari adalah hari ibu, setiap hari kita perlu menghargai pengorbanan seorang ibu. eh, bukan setiap hari tapi setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun ye si cantik dan si kacak sekalian. bukan hari tertentu seperti yang dikhabarkan iaitu hari ibu, hari ibu yang dikatakan hari istimewa buat ibu, tapi jangan kita lupa setiap detik adalah istimewa buat ibu. hari lain selain hari ibu pun kita boleh beli hadiah, beli kek dan sebagainya. tapi hadiah yang istimewa daripada kita tanpa pengetahuan ibu adalah doa kita. doa " Ya Allah, panjangkan umur ibuku" "Ya Allah, Engkau berkatilah hidup ibuku" "Ya Allah, Engkau berikanlah ibuku kesejahteraan dan perlindunganMu" kamu tahu betapa besarnya doa itu? subhanAllah, sangat besar ganjaran dia. itu adalah sebaik-baik hadiah, subhanAllah.

kita selalu tanam dalam otak kita bila datangnya hari yang dikatakan hari ibu ni, kita akan buat sesuatu yang kejutan. ada hadiah besar, ada kek bertingkat-tingkat, tapi pada hari biasa kita tak dak rasa pun keistimewaan ibu itu sendiri. sebab apa? sebab datangnya hari ibu baru kita nak hargai, nak balas jasa bagai, tapi kita terlupa yang setiap hari adalah hari ibu, setiap hari ni lah kita selalu menghargai pengorbanan ibu. setiap hari kita tolong dia masak, cuci pinggan, basuh baju, lipat baju, sidai baju, kemas rumah dan sebagainya yang meringankan beban seorang ibu yang berbelas tahun, berpuluh tahun buat kerja semua tu tanpa jemu, tanpa letih dan penat. kita kena ingat juga, bukan setakat tulisan di laman sosial tanda kita menghargai ibu "iloveyou, ibu" "jasamu ku kenang selalu" "semoga kamu berbahagia selalu" dan sebagainya ucapan yang kita publish dekat laman sosial. kalau yang ibu ada twitter, facebook dakpe juga, ni yang tak dak kawan-kawan ja baca. kenapa? nak kawan-kawan sampaikan? dak perlu.

pengorbanan ibu ni terlalu besar, terlalu besar. jangan pernah sesekali kita lupa. anak yang bertuah yang ibu kita ada bukan hanya anak yang belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, yang gaji besar, yang pangkat tinggi, yang bergaya, yang hot, bukan. anak yang bertuah itu anak yang sejuk perut ibu mengandung, yang baik, sopan santun, yang berbudi bahasa, yang ada agamanya dan sebagainya yang baik-baik belaka. itu juga hadiah untuk ibu kita, jangan sesekali kita lupa. maaf jika entri ini ada mengguriskan hati sesiapa, kepada yang bergelar ibu, semoga kamu dapat menjadi contoh yang terbaik untuk anakmu, dan buat anak-anak jadilah anak yang baik serta soleh/solehah.


"Ya Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ampunilah Dosa Ibu Bapa Kami, Berkatilah Hidup Mereka, Panjangkan Lah Umur Mereka, Lindungi Lah Mereka, Rahmati Lah Mereka, Kasihani Lah Mereka Seperti Mana Mereka Mengasihani Kami. Sesungguhnya Pengorbanan Mereka Tidak Terdaya Kami Membalas, Tapi Cukup Dengan Doa Ini Kami Memohon Padamu Yang Menjadikan Langit Dan Bumi. Perkenankan Lah Doa Kami Untuk Kesejahteraan Ibu Bapa Kami. Aamiin Ya Robb"

sekian daripada saya, Assalamualaikum :')

Tuesday, May 7, 2013

Share It :')


jom tengok handphone kesukaan ramai, masih hangat dipasaran. jom terjah Klik Sini


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera pada teman-teman dialam maya sekalian.

Apa khabar anda semua? Semoga masih diberikan kesihatan disamping keluarga tercinta.

Sungguh sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam nota alam maya ini. Mungkin anda semua terkejut bukan kerana tajuk nota yang saya kongsikan kali ini begitu hangat sesuai dengan hangatnya gelombang Pilihan Raya Umum yang ke 13 negara kita.

Saudaraku sekalian, memang benar sungguh saya pernah membenci Tok Guru Nik Aziz pada tujuh tahun yang lampau. Kenapa agaknya saya membenci beliau? Kerana pada ketika itu, saya baru berusia belasan tahun dan makanan media kami hanyalah media arus perdana.

Setiap hari kami diinduksikan dengan bahan-bahan berita keburukan beliau, keburukan Parti Islam Semelaysia (PAS) dan kemunduran negeri Kelantan. Saya masih ingat lagi ketika saya mempersendakan gaya Tok Guru di kelas bersama teman-teman sekelas dan mereka bergelak ketawa.

Namun begitu, Allah takdirkan ketika saya menyambung pelajar diperingkat pengajian tinggi saya menerima tawaran belajar itu di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan. Pada ketika itu semua saudara mara yang rapat dengan saya mengingatkan agar berhati-hati disana kerana itu negeri pembangkang.

Bila sebut negeri Kelantan, semua ada persepsi negatif kerana telah diolah kotak minda kami untuk mencurahkan rasa benci pada pimpinan dan negeri pembangkang itu.

Subhanallah.

Begitu hebat susunan Allah swt keatas diriku ini. Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya belajar di negeri pembangkang itu.

Hari pertama saya menjejakkan kaki disana sekitar pukul 5 pagi kerana kami baru tiba menaiki bas dari Kuala Lumpur, beg sandang saya mengandungi wang bernilai RM 1000 dan semua dokumen-dokumen penting untuk urusan sambung belajar tertinggal di stesen bas. Saya hanya menyedari beg sandang saya tidak ada pada pukul 9 pagi pada ketika saya sudah berada di asrama.

Segera saya meminta bantuan warden asrama untuk menghantarkan saya ke stesen bas itu agar saya mencari beg itu. Saya cukup bimbang kerana semua benda penting dan duit itu adalah duit belanja saya. Masih segar lagi di ngiang telinga saya kata-kata warden saya pada ketika itu:

"Jangan bimbang beg tu takkan hilang, kerana ini negeri Kelantan"

Saya seolah tidak mengerti kenapa warden itu berkata demikian. Adakah sekadar kata-kata memujuk untuk aku agar tidak begitu risau.

Allahurabbi.

Tatkala kami tiba disana, aku melihat beg sandang yang aku letak diatas bangku stesen bas itu langsung tidak berubah kedudukannya dan seolah-olah tidak pernah diusik langsung oleh sesiapa. Sungguh luarbiasa didikan negeri pembangkang ini terlintas dibenak fikiranku dan baru saya memahami maksud kata-kata warden tadi.

Kisah yang lain, ketika aku keluar bersiar-siar bersama rakan-rakan yang baru sampai dari Sabah untuk kebandar Kota Bharu. Alangkah terkejutnya kami semua bila melihat bandar Kota Bharu sebuah bandar yang maju, tidak seperti yang diwar-warkan kepada kami bahawa ia bandar yang mundur. Bahkan saya melihat ia lebih maju dari daerahku sendiri.

Bila kami perhati semua papan-papan iklan (Signboard) yang ada di Kota Bharu, apabila ia melibatkan gambar wanita pasti ia memakai tudung. Aku pernah melihat, seorang wanita orang putih memakai tudung disebuah iklan. Inilah didikan Tok Guru untuk masyarakatnya.

Demikian juga aku melihat papan tanda perniagaan di mana-mana hatta ia dimiliki oleh orang cina pun pasti ada tulisan jawi pada setiap papan tanda itu. Sungguh perjuangan mereka sampai kepada semua masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman agama.

Pada ketika aku dan teman-teman berjalan di sekitar pasar tamu di berhampiran pasar Siti Khadijah berlaku lagi suasana yang baru saya temui. Saat itu berkumandang azan asar, kami melihat segenap peniaga disekitar situ terus laksana meninggalkan perniagaan masing-masing tanpa menutup perniagaan mereka untuk solat. Subhanallah. Begitu tinggi keyakinan mereka dalam menjaga hak-hak Allah, pasti Allah menjaga hak-hak mereka.

Selama mana saya belajar di Kelantan tidak pernah sekali pun aku temukan papan-papan iklan yang menyebarkan iklan minuman-minuman arak dan sebagainya. Selama itu juga tidak pernah sekalipun saya temui pusat-pusat hiburan seperti karaoke dan pawagam. Sungguh aneh bagiku kerana benda itu tidak asing bagi kami di Sabah.

Bila menyebut Tok Guru, akhirnya saya bersua muka juga dengan Tok Guru. Pada ketika itu, ada seorang teman belajar mengajak saya ke medan ilmu katanya di Kota Bharu pada pagi jumaat. Saya pun ikut dan pergi kemedan ilmu itu, suasananya sungguh luar biasa. Kami terpaksa parking kereta lebih kurang 700 meter jauh dari tempat ceramah itu. Saya melihat begitu ramai orang hadir dan medan ilmu itu betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu.

Alangkah terkejutnya saya apabila menyaksikan sendiri ribuan orang sudah sampai dan dipentas sana aku melihat sebuah susuk tubuh yang tua dan orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Saya duduk mendengar ceramah beliau, dan sedikitpun saya tidak menemukan keburukan yang terkandung dalam ceramah beliau.

Itulah didikan seorang Menteri Besar Kelantan yang membudayakan ilmu pada masyakatnya. Kesannya saya memerhatikan besar atau kecil surau dan masjid-masjid yang terdapat di Kelantan pasti ada seorang Ustaz yang akan mengajarkan ilmu agama. Suasana ini tidak ada di negeriku.

Persepsi benci terhadap beliau beransur hilang. Masih lagi saya ingat saya pernah solat subuh di masjid madrasah beliau di Pulau Melaka. Saya menyaksikan begitu ramai jemaah baik dari penduduk tempatan mahupun pelajar madrasah itu datang memenuhi ruangan masjid itu. Beliau akan mengimamkan solat lima waktu di masjid itu bahkan beliau juga akan membuat pengisian ilmu disana.

Selesai solat subuh disana, saya sekali lagi berasa hairan kenapa ramai orang datang bahkan puluhan orang membawa bayi dan bertemu Tok Guru. Saya menyaksikan Tok Guru akan menggunting rambut bayi itu dan akan menyuapkan buah kurma pada bayi itu. Saya bertanya pada salah seorang sudah membawa bayi mereka untuk bergunting bersama Tok Guru.

"Kamu semua ni memang asal sini ke? Kenapa bawak bayi untuk bergunting dengan Tok Guru"

Inilah jawapan mereka:"Tidak semua dari kami berasal dari Kelantan, malah ada yang datang dari Terengganu dan negeri-negeri lain. Kami mahu biarlah makanan pertama yang masuk kedalam mulut anak kami adalah dari tangan ulamak seperti  Tok Guru"

Allahu Rabbi. Rupanya selama ini saya membenci insan yang mulia kerana dia seorang ulamak dan dia bukan sahaja seorang menteri besar. Sungguh saya telah berdosa. Persepsi benciku itu meleset sama sekali terhadap Tok Guru. Saya difahamkan hampir setiap hari orang akan datang membawa bayi yang baru lahir untuk bergunting dengan Tok Guru.

Pernah juga saya menyaksikan disaat ada majlis besar peringkat IPT negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan. Entah kenapa saya seolah terasa gembira saat Tok Guru akan tiba, sengaja saya duduk di kerusi hujung tempat laluan orang yang akan masuk kedalam dewan itu, agar saya dapat memerhatikan Tok Guru dari jarak yang dekat.

Subhanallah. Saat Tok Guru lalu betul-betul disebelah saya, saya dapat memerhatikan beliau mengenakan kasut yang popular dengan jolokan kasut kungfu. Setahu saya harganya tidak kurang dari RM 10 sahaja. Saya menyaksikan pakaiannya yang biasa dan diserasikan dengan kain pelekat dan serban pada kepalanya. Sungguh zuhudnya pemimpin bergelar Menteri Besar sepertinya.

Selama saya belajar di Kelantan, tidak ada seorang pun yang kempen untuk kepada saya perihal PAS mahupun perihal kebaikan Tok Guru. Namun, hati saya terbuka untuk mendokong mereka kerana saya menyaksikan sendiri, pemerintahan seperti inilah pemerintahan sebenar. Kalau baik pemimpin sesebuah negara itu, maka baik pula natijah kepada negara dan masyarakatnya.

Pemimpin seperti beliaulah pemimpin yang diidamkan oleh masyarakat sebenarnya. Saya sendiri menyaksikan itu semua secara realitinya, dan barulah saya sedari rupanya segala tomahan dan fitnah dimedia arus perdana itu adalah rekaan semata bahkan ianya adalah cerita menipu rakyat.

Justeru itu, hari ini begitu bersejarah bagi saya. Saya baru balik melihat ceramah perdana PAS dan pakatan rakyat di daerah saya sendiri. Sungguh saya menangis kegembiraan, kerana tanda kemenangan itu telah hadir didaerah ini.

Kalau benar mereka mentadbir negeri ini, sungguh kisah-kisah yang telah kulalui di sana pasti akan kulalui juga disini. Justeru itu, teman-teman sekalian. Kita sayangkan negara ini, marilah kita memilih pemimpin yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Tidak ada niat untukku berkempen dalam catatan ini. Namun, sekadar luahan hati seorang anak bangsa yang pernah membenci seorang ulamak namun kini cukup menyayangi dan mengagumi beliau. Segeralah kita membuka minda dan hati agar membuat keputusan yang terbaik dalam PRU kali ini.

Agar suatu masa nanti anak cucu cicit kita akan menerima budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan. In shaa Allah. Semoga kita semua diberikan kemenangan. Aamiiiin.

Mohon maaf andai catatan kali ini berunsur politik, namun tidak pula ingin meleraikan ukhuwah sesama muslim meskipun berbeza ideologi fahaman politik. Saya hormati prinsip anda dan saya mohon hormatilah prinsip kami yang ingin melihat negeri ini ditadbir oleh perjuangan yang membawa perubahan khususnya perjuangan negara Islam yang syumul.

Al Bakarah Ayat 208:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"

Thursday, May 2, 2013

Kalian Adalah KenanganKu~

jom tengok Samsung S3 Mini yang sememangnya comel dengan harga RM999 SAHAJA klik sini

Assalamualaikum, hai semua rindu cek dak? ahaks >.< hmm tiba-tiba ja aku selesa taip entri in kedahan ni sebab aku memang asal utagha :D takpa kot noh, tak salah kan? tak dosa kan? hihi. okay petang ni memang aku tak dak kerja, emm makan pun belum lagi ni even perut aku tengah nyanyi lagu rock aku still buat taktau kesian dia kan? kejamnya aku :3 takpa sat lagi kita makan nah sayang, kita mengadap laptop dulu, haha macam cakap dengan anak LOL. mood aku hari ni nak kacau orang sebenarnya, tapi aku taktau nak kacau sapa so aku takmau kacau sapa-sapa aku nak meng-update blog ni jangan kacau aku, kesian blog ni dah berhabuk *padahal semalam baru update LOL. kbai :3

hmm, pejam celik pejam celik dah bulan 5. hah bulan 5? dah nak masuk sekolah pulak jadi budak sekolah sat :'( aku dengan member harap sangat dapat U, bukan dapat awak yang baca ni tapi universiti, ahaks >.< harap sangat dapat, lagi satu harap dapat tempat yang sama sebab ramai member aku minta course yang sama. moga ada rezeki kami nak merasa U pulak. AAMIIN. sedihnyaaa, nanti dah terpisah masing-masing bawa haluan sendiri, ada kawan baru, ada kehidupan baru, hmm jangan lah lupa akuuu T_T mesti rindu hangpa sangat-sangat kenangan kita bersama tak akan aku lupa... cewah haha sebenarnya kami dapat masuk pra-U, rabu minggu depan 8 Mei 2013 kami pih daftar, huu segannya nak jumpa cikgu-cikgu, kawan-kawan mesti pakat tegur aku yang bertambah comel ni. hahaaa~

alahai, ahad ni geng kelas aku nak buat reunion. harap sangat aku tak dak apa-apa hari tu dan ramai yang join. kalau jadi nanti aku pih aku post entri pasal reunion pulak nahhh *macam ada orang kisah, bunyi cengkerik. emm emm, tak sabar nak jumpa member-member mesti pakat cantik dan handsome belaka. haiya orang pih mengundi kami sibuk nak buat reunion, bukan tak sabar-sabar tapi masa dah tak mengizinkan. *tapi memang tak sabar dah huahua. ehh kepada orang jitegha kedah mai lah join kami ahad ni 5 Mei 2013 dekat tasik darul aman pukul 4.30 petang. *ish nak buat kenduri ka buat reunion. err hihi sorry sorry. tak sabarnya rasa, mesti masa pih tu tak dengar suara bunyi cengkerik ja pakat malu semua, tapi lama-lama mesti tasik tu jadi zoo, oppsss! haha okaylah dah petang ni nak pih main pondok-pondok pulak. kbaii semua take kiaqqq *err take care ;)








sorry perempuan only, gambar laki aku tak jumpa pun -.- takpalah kita tetap kawan :P wajah ceria teman-temanku, semoga kalian diberkati Allah dan sentiasa di bawah lindunganNya. ukhwah fillah <3

1

2

3

HAIII :D


err, miss freedom SPM? terlepas sorang dari wad mana ni ya? haha iloveyousomuch kawan, cikgu, baju sekolah, beg sekolah, buku dan SEKOLAH :')

Tuesday, April 23, 2013

Pengalaman Menakutkan~


Assalamualaikum, sekarang jam laptop aku sudah pukul 11.39 malam. aku duduk depan laptop dalam kegelapan dengan bunyi guruh berdentum dan kilat menyambung serta bunyi kenderaan yang lalu depan rumah aku. okay cuma pengenalan bukan tu yang aku nak cerita. 

tahun lepas, member satu tempat kerja kakak aku ajak main bowling dekat Mall depa kerja. kakak aku pun takdak teman so dia ajaklah aku teman dia pih main bowling dengan member-member dia. dalam pukul 10.30 game nak start, pukul 9.30 kami pih. Mall ni dekat ja dengan rumah aku 5 minit ja naik kereta. tapi, kami bukan naik kereta, kami jalan kaki so mengambil masa 15 minit jugak lah nak redah gelap. memang jalan rumah aku nak sampai jalan besar gelap tambah kedai taman rumah aku banyak yang dah tutup. kami pun jalan lah memang takut lah even pih dua orang kan? first memang takut orang culik ka apa ka, second hangpa paham-paham lah kami takut jumpa apa. huu~ dengar anjing menyalak belakang taman memang gerun aa dengan sunyi kereta pun tak bopa banyak lalu dah time macam tu so agak sunyi lah cuma dengar bunyi anjing menyalak. aku dengan kakak aku buka langkah laju aa takut kot kami perempuan pulak kan. kami pun lintas jalan besar lega lah dah sampai jalan besar cerah lah sikit kedai dalam bandar tu tutup lambat sikit. kami pun terus jalan sampai Mall. Alhamdulillah takdak apa jadi dekat kami. syukurrr~

10.30 - 11.30 - 12.30 - 1.30, depa main banyak game malam tu, rupanya ada perlawanan ingat main saja-saja. lepas bagi hadiah semua dekat sapa yang menang, kami pun boleh balik. group kakak aku tak menang pun hampeh, huhu. kami pun turun Mall dah pukul 1.45 pagiii. memang kecut perut-perut nak balik pun. nasib dalam bandar still cerah tak lah takut sangat. lepas kami lintas jalan besar nak pih seberang taman rumah memang dah gelap sangat semua kedai dah tutup sunyi sepi takdak orang langsung bunyi anjing menyalak "aukkk aukkk" haih cering bulu roma, kami pun jalan lajuuu dah lah aku jenis jalan lambat jenuh duk ligan kakak aku dekat depan. jalan punya jalan aku dengar bunyi budak menangis memang time tu aku takut gila, aku kata dekat kakak aku bunyi apa tu. kakak aku kata jangan tegur jalan ja. aku pun jalan tengok budak tu duk depan kedai duk menangis aku terkalih tengok dia, dia angkat kepala muka dia penuh darahhh dia gelak lepas tu dia lari mai dekat kami dua sambil gelak lepas tu lesap, aku dah jerit sampai menangis.

lepas tu aku ajak kakak aku lari, aku kalih-kalih kakak aku duk tunduk aku duk perasan dah dia ni mesti kena rasuk punya. dia angkat kepala ja aku jerittt muka dia pucat gila mata dia merah sangat aku pun sampai menggigil habis badan, aku pun lari sekuat hati sambil menangis tinggal kakak aku tu memang aku taktau nak buat apa kalau dalam keadaan macam tu surah yang hapai pun boleh lupa habis. sampai dekat rumah mama aku buka pintu, aku masuk menangis sekuat hati. mama aku tanya pun aku dah tak jawab sebab menangis sampai sedu. lepas tu aku tertidur, aku mimpi budak tu dia mai lari depan muka aku dengan mata nak terkeluar. aku terjaga, esok tu aku demam. aku tak sangka boleh jadi macam tu, aku tanya mama aku kakak pih mana. mama kata ada dalam bilik dia, semalam bukan akak balik sorang ka? mama kata ada orang hantar kakak balik. fuhhh lega aku dengar tidak kena marah dengan mama aku sebab tinggal kakak aku.

memang pengalaman yang menakutkan lah tobat aku tak keluar malam-malam macam tu dah kalau jalan kaki tobat dak dah. sampai sekarang aku duk mimpi benda yang terkejut-terkejut, kadang-kadang aku bangun badan aku lebam-lebam memang aku takut lah. lepas aku bagitau mama kami pih berubat, Alhamdulillah sekarang ni aku dah sihat. syukur sangat-sangat, tapi pengalaman tu memang aku tak akan lupa memang bagi pengajaran tak bagi aku keluar malam-malam dan balik lewat malam tobat takmau dah keluar sampai lewat malam jalan dekat taman aku ni serammm~ Alhamdulillah semuanya sudah baik-baik sahaja :)

#huhu, boring gila haha dah 12.09 AM sat lagi aku yang tak boleh tidur. cerita di atas hanya rekaan semata-mata :P

Sunday, April 21, 2013

Cerita Yang Menyayat Hati :'(



Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa….” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.
**********************************************************
“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macamana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? Don’t go breaking my heart Mom!!
“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”

Wednesday, April 17, 2013

Demam Gwiyomi/Kwiyomi~

Assalamualaikum, dan em hai semua. minggu lepas mungkin aku ada buka satu blog ni then aku tertarik dengan lagu blog dia commmel angattt. so aku taktau apa tajuk dia, aku pun selalu aa masuk keluar blog dia. malam tadi aku belek-belek aa twitter seseorang ni ada orang tweet cakap dia buat keek gwiyomi/kwiyomi comel sangat, aku pun macam eh macam lagu yang aku dengar tu ja. aku pun buka lah keek dia, rupanya betul lagu tu, comel sangat haha. aku search aa dekat youtube tengok ramai gila upload videa cenggitu, haha lawak gilaaa. aku pun tengok aa satu persatu aku jumpa video sorang abang comey aa bagi aku lah kan haha. nampak lembut ja, emm nak tengok tak? jom layan haha~




okay baiii :3

Monday, April 15, 2013

Seorang Ibu~

Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hargailah mereka selagi mereka masih ADA.


Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan. Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?


#CopyAndPaste

Thursday, April 11, 2013

Cinta Kau Dan Aku :)

Drama Bersiri Cinta Kau dan Aku 

Assalamualaikum, dan hai semua :D sapa pernah layan cerita dekat atas ni sila angkat dua belah tangan! LOL -.- cerita ni memang best, best sangat-sangat ada pelakon yang hebat. bila part sedih dorang buat sampai aku menangis, bila part lucu dorang buat sampai aku ketawa macam nak pecah perut. memang best sangat-sangat tak rugi aku layan cerita ni. haha padahal aku layan online ja dekat youtube sebab aku terlepas pandang cerita ni dekat tv, emm aku pernah tengok layan kejap aku rasa best tapi aku lupa tajuk cerita ni dan jam berapa, tv berapa, hari apa bagai tu aku tak tengok dah cerita ni. lepas aku cari-cari balik aku jumpa balik, so apa lagi layan aa :D sebenarnya cerita ni adaptasi ja dari novel Cinta Kau Dan Aku, haa kelmarin baru aku beli novel dia, alang-alang dah jumpa tu aku beli jela, hihi.


haa ni lah novel tu, pernah baca tak pernah tak? *gegeh benor haha. aku tak start baca lagi aku baru layan drama dia, Ya Allah best sangat wey layan kot sedih sangat :D hmm, manusia tak patut tau buat keputusan sebelum fikir dan cari bukti atau dengar penjelasan bagi pihak yang dorang rasa salah, tambahan lagi orang yang dorang salahkan tu orang yang dorang sangat-sangat, sebelum buat something tolong aa fikir baik-baik, jangan sampai musnahkan kebahagiaan dan kehidupan orang lain. tolong k hm dih.

SINOPSIS
Cerita ini bermula dengan seorang gadis yang cantik dan baik .Namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.
Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.
Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.
Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.
Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatah lagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.
Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu?

Sunday, April 7, 2013

Kadang-Kadang Kita Rasa...


Assalamualaikum, dan hai semuaaa :D eh apa pulak story aku malam ni "kadang-kadang kita rasa...?" rasa apa? haaa meh sini aku nak storyyy. jejom~

kadang-kadang kita mesti pernah rasa yang kita ni tak ada fungsi bagi orang lain, macam tak berguna untuk orang lain, especially parent kita, sibling kita atau orang-orang tersayang lah. kan kan??? kadang-kadang mesti kita rasa bila kita tak ada depan mata dorang, dorang fikir tak tentang kita eh?  bila kita berjauhan dorang ada ingat kita tak? lepastu mula aa nak touching-touching kan haha over puloppp.

tapiiiii, kita jangan aa risau pasal tu. sebab mesti punya ada orang yang ingat kita, yang fikir tentang kita dalam diam. dorang malu ja nak tunjuk depan-depan kan, bila kita jauh dari mata dia, mesti dia akan terfikir pasal kita, bila kita balik dan berada depan mata dia mesti dia happy sangat-sangat, percayalah *aku pernah rasa perasaan tu. kihkihkih :D okay jangan risau, jom sambung tengok ABPBH, jejommmm :D kbai uollss.

Friday, April 5, 2013

Kenangan Terindah


Assalamualaikum, aku join lagi segmen haha. tak ada kerja mungkin, tapi yeah ni terakhir untuk malam ni okay. jom join bersama-sama dekat blog USU :D


Sekolah. Kawan. Suka. Duka adalah kenangan yang paling terindah dalam hidup aku. aku bersyukur dapat kawan macam dorang, even macam mana sekalipun sikap dorang. aku sayang dorang, sebab dorang mengukir kenangan paling terindah dalam hidup aku time aku form4 and form5. suka duka kami, ketawa menangis kami, KAMI tetap ada bersama. sampai saat ni kami telah dipisahkan oleh Sijil Pelajaran Malaysia, sedih tak terkata. aku masih nak 'kan suka duka ketawa menangis kita bersama. Alhamdulillah, sampai detik ni kami tak lost contact. aku harap ni adalah ukhwah fillah. thanks Allah because sending them to me :') aku tak akan lupa kita makan sama-sama, kita kongsi banyak cerita, kita ketawa, kita menangis, yang paling aku teruja kita kongsi result SPM yang membanggakan seiring dengan usaha kita. ALHAMDULILLAH. Ya Allah, Engkau saja yang tahu perasaan hamba sekarang. aku bahagia dihadirkan korang dalam hidup aku. thanks koranggg :)

Kahwin Muda :)

Assalamualaikum, aku rasa nak kongsi entri kali ni yang tak ramai berani menyahut seruan ni. Alhamdulillah, kawan satu group aku (batch 1995) telah mendirikan masjid tahun lepas bulan 12. bagus apa yang telah diatur oleh pihak keluarga masing-masing, mungkin jodoh dorang awal, Alhamdulillah. tambah lagi dengan berita gembira dorang bakal menimang cahaya mata pada bulan 9 nanti, InsyAllah. semoga apa yang dirancang diizinkan Allah, dan semuanya baik-baik saja, Aamiin. semoga juga dapat memberikan yang terbaik dalam rumahtangga korang, okayyy?

kahwin muda banyak manfaat dan kebaikannya:

  • tuntutan agama-agama menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai cukup syarat. berkahwin juga adalah sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di muka bumi ini.


KELEBIHAN NIKAH

saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.
  • mengelak daripada zina-Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? 
  • menjadi lebih bertanggungjawab-Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja/belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
  • menimbulkan ketenangan jiwa-Jika bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina
  • fikiran lebih matang-Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
  • membaiki diri-Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
  • rezeki bertambah-Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)

hmm, aku pun teringin juga, tapi entah lah mungkin belum sampai jodoh aku kot. InsyAllah, kalau ada jodoh tak kemana. jodohkan rahsia Allah, dan jangan kita lupa mati juga rahsia Allah :) kbai uolss. ehh kejap click ni Cara Meyakinkan Ibu Bapa Kalau Nak Kahwin Muda, cer try :D
CopyRight Myakawaii