Thursday, April 4, 2013

Doa Buat Teman :)


Assalamualaikum :)
di setiap hari kita, kita akan terdengar juga berita kepergian seseorang yang kita kenali kerana itu rahsia Allah. Seorang hukamak berkata: "Jika kamu inginkan pengajaran, cukuplah kematian itu sebagai pengajaran." 

SETINGGI mana sekalipun pangkat disandang, sekuat mana fizikal atau harta banyak bertimbun, apabila sudah sampai masanya malaikat Izrail pasti datang menghampiri bagi mengakhiri episod kehidupan kita di dunia ini. Jenazah dimandikan, dikafankan dengan kain serba putih, kemudian disembahyangkan, diusung ke tanah perkuburan dan akhirnya dimasukkan ke liang lahad. Demikian babak terakhir perjalanan kehidupan manusia. Pernahkah kita menginsafi hakikat itu dan pernahkah kita membayangkan diri kita sendiri diusung sebagai jenazah itu?

Ingatlah peringatan Allah, “Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai dugaan yang sebenar-benarnya. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Maksud Surah al-Anbiya ayat 35).

kematian tidak mengira usia, saat sampainya ajal saat itulah kita dapat melihat rahsia Allah. 
cuba berdiri di hadapan cermin. merenung diri sendiri selama 5 minit, tanya kepada diri kita sendiri, bersediakah kita menghadapi MAUT? kita manusia biasa yang tak pernah lari dari berbuat dosa, tapi kita diberi peluang untuk bertaubat, insya-Allah, belum terlambat lagi untuk kita bertaubat memohon keampunan dari Allah s.w.t, membetulkan apa yang salah. sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang. 



TAKZIAH, DAN MARI KITA SEDEKAHKAN DOA KEPADA SAHABAT-SAHABAT ISLAM KITA.
AL-FATIHAH

2 comments:

  1. dah view entri. =) haha, rindu dgn sahabat sorang tu.. :(

    ReplyDelete
  2. hee, dia kembali kepada penciptaNya juga? takziah

    ReplyDelete

CopyRight Myakawaii