Thursday, November 6, 2014

Liebster Award..

saya telah ditag oleh nurulazila

first time join, maybe sesi berkenalan dengan blogger lain. hee mira perlu jawab 11 soalan dari blogger thenamy. emm jom tengok soalan dia ;)

11 soalan NurulAzila

1. Antara Sahabat & Cinta siapa lebih Utama?
sahabat.
2. Ciri - ciri suami idaman?
-ada ilmu agama
-comel
-tinggi
-romantik
-akhlak baik
3. Candle light dinner bersama Hafiz Awan Nano atau Lee Kwang Soo, jika diberi pilihan?
Hafiz Awan Nano, kite tak minat Lee Kwang Soo. hihi
4. Perempuan atau Lelaki yang lebih melecehkan?
perempuan. kite pun ada sorang je kawan perempuan, lelaki senang buat kawan.
5.  Filem Melayu, Hollywood atau Bollywood lebih awesome?
bollywood yeahh..
6. Jika terjumpa RM10,000 dihadapan pintu rumah, apakah yang awak akan lakukan?
derma dekat surau/masjid, bukan harta kita :)
7. Ceritakan tentang rumah Idaman awak?
rumah banglo diperbuat dari kayu jati, dekat dengan air terjun. persekitaran yang tenang. hihi
8. Jika saya seorang Perdana Menteri...?
saya nak wujudkan masyarakat dan negara yang berdasarkan agama Islam.
9. Saya tidak sabar untuk...?
saya tak sabar untuk habis study, nak cepat kahwin. hee In Shaa Allah.
10. Sasaran hidup 10 tahun akan datang?
10 tahun akan datang, bawa mak ayah naik haji, saya dah ada kerja, ada kereta, ada rumah, ada suami, dan ada anak-anak yang comel, soleh dan solehah. In Shaa Allah baitul Muslim :)
11. Teringin hidup berjiran dengan....?
saya teringin nak hidup berjiran dengan seorang lelaki yang kuat ilmu agama, yang pandai mengaji, tiap-tiap malam suara dia yang merdu tu menembusi dinding rumah saya. hihi :)

jadi sekarang, saya tag 11 blogger yang mempunyai pengikut 1000 untuk join ;)


  1. ERIN
  2. BILA AKU TRAVEL
  3. CIK IMAN
  4. NADYA
  5. AZRI
  6. RASYA
  7. FIFIEY
  8. SAKURA
  9. LOVELYWA
  10. HAFIZAH
  11. NADZ
Maaf mengganggu, thank you to all of you. join tau ;)

11 soalan dari saya,

  1. apa yang awak suka buat?
  2. apa warna kegemaran awak, berikan sebab.
  3. apa cita-cita awak, dan tugas apa yang paling best berkaitan dengan cita-cita awak itu.
  4. barang apa yang awak suka shopping?
  5. siapa bestfriend awak, dan apa sikap yang menarik pada dia bagi awak?
  6. awak lebih selesa keluar shopping, lepak, dinner, lunch dengan siapa?
  7. dalam banyak-banyak hari, hari apa awak suka. sebab?
  8. saya lebih suka dengan ....?
  9. saya suka berjalan dari berlari kerana....?
  10. saya suka waktu hujan kerana.....?
  11. apa yang menarik sepanjang awak hidup?

Wednesday, October 22, 2014

The Only One..


Assalamualaikum,
and
happy wednesday guys ^^

bak kata Helen Keller "walking with a friend in the dark is better than walking alone in the light". right? semua orang perlu kawan, tapi ramai yang lebih perlukan sahabat. as we know sahabat and kawan ni lain, kawan tu bagi mira ramai, yang mudah dicari. tapi sahabat ni tak ramai, sebab susah nak cari. betul tak? emm, 'friend' sekarang ni ramai yang tak boleh pakai, ada yang jenis tikam belakang, ada yang jenis talam dua muka, dan ect. but ikhlaskan hati dan husnudzon guys tak susah pun, sebab apa? sebab kita perlu jaga hubungan sesama manusia, tak perlu pun menganjing kalau perangai kawan macam itu macam ini. kalau terasa dengan kawan-kawan just sabar, In shaa Allah will be better soon *i dah cuba okay, berkesan. alhamdulillah* ^_^Y. bagi kita semua sahabat tu special dekat ruang hidup kita, kan? yang ada dalam suka dan duka, yang ada dalam susah dan senang, dan tak pernah berpaling atau berganjak dari status sahabat yang baik. sahabat ni selalu ada untuk bagi semangat, selalu ada untuk bagi nasihat, selalu faham kita dan selalu jadi tulang belakang. itulah sahabat yang thorrrbaik and susah tau nak cari hikhik ^^

semua orang perlu kawan perlu sahabat, sapa yang tak perlukan tu taktau lah kan hihi. mira pun ada bestie, dia bukan bestie ja, dialah kawan, dialah sahabat, dialah adik, dialah kakak, dialah makcik angkat, dialah nenek. hahaha my bestfriend forever and ever, In shaa Allah until Jannah :) first kami kenal masa form 3, time tu sibuk dengan kelas baru untuk form 4, then masing-masing cari kawan baru lah. form 4 & form 5, mira sekelas dengan dia, stay sebelah-sebelah okay. then, habis SPM, dapat UiTM yang sama, course yang sama, kelas yang sama, see jodoh pasti bertemu. hikhik ^^ almost 4 years kami berkawan bersahabat bercinta berkasih sayang haha. she is my everything, my tintong, my senget, my cantik, and my girl... she is amalina ;)



thanks for our date dear, even aku mangsa jalan-jalan cari makan hang haha ^^


bila adik kakak selfie inilah hasilnya ;))










thanks again my darla for our date, our lunch, our dinner, and i love you more :*
*k muka aku kembang semangkuk dan sekembung katak. err kisah? haha kbai*
mari lah singgah kedah hee :D

Wednesday, October 15, 2014

Pembukaan..

Al-Faatihah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Aamiin~

Friday, October 3, 2014

Hots~


LET'S JOIN NOW

Program WhoHAA adalah di mana ahli boleh mendapatkan mata WhoHAA untuk menebus produk atau perkhidmatan dengan memahami mesej utama yang penaja. Mengambil bahagian dalam Program WhoHAA adalah percuma, tetapi memerlukan mudah sign-up. Banyak barang yang boleh ditebus. alami keseronokan dengan program whohaa, answer and redeem ^^




dan banyak lagi. jom sertai sekaranggg!! klik WhoHAA!

Monday, September 22, 2014

Salam Terakhir..


Assalamualaikum ..
happy monday ;)

sometimes kita buat keputusan tanpa fikir hati dan perasaan orang lain, dan sometimes juga kita buat keputusan tanpa fikir kesan untuk hari yang akan datang. mungkin masa tu kita terlalu berkeras dengan keputusan kita, mungkin kita rasa keputusan kita tu dah betul, dah tepat. tapi sayangnya, bila kita dah tersalah langkah dengan keputusan yang kita buat, peluang kedua untuk kita mungkin juga tipis..

seandainya masa itu dapat diputar kembali, tak akan aku pilih jalan itu. seandainya masih ada peluang untuk aku, tak akan aku persiakan lagi. tapi.. semuanya seakan gelap, mungkin tiada jalan lagi untuk aku peroleh peluang kedua. betapa kecewanya hati ini, hanya Allah swt yang tahu, betapa sakit dugaan ni.

wahai hati, bersabarlah.. ini dugaan, ini ujian, pasti ada hikmahnya. jangan kamu gelisah, jangan kamu resah. fikirlah, disebalik ini semua ada kebaikan buat kamu. wahai hati, kuatlah.. aku yakin airmata ini suatu saat nanti akan menjadi airmata kebahagiaan buat kamu. jangan bersedih, Allah bersama kamu :')

"awak, sekarang saya dah berhenti berharap. saya dah berhenti menunggu awak. saya berharap sepenuhnya pada Allah. biarlah DIA yang menentukan semua tentang KITA"

special for you ..


Monday, May 19, 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Saturday, May 17, 2014

Dua Hati Dipilih Bersatu~

 

malam ni mira nak kongsi satu cerita dengan awak awak semua, malam ni tak ada aktiviti apa just nak bermanja dengan blog ni. err --" mira ada satu cerita, then dari mana mira dapat cerita ni? emm biarlah rahsia ^^

ada sepasang kekasih ni dorang kenal dekat laman sosial Facebook, nama lelaki tu Akim, and perempuan tu Lisa. just dari situ dorang berkenalan, then chatting punya chatting baru dorang tahu yang dorang ni satu sekolah. bila dah kenal, rajin berjumpa, bertegur semua, dorang jadi rapat lah kan, then Akim decide nak minta 'couple', biasalah kan remaja. first tu memang Lisa tak terima, tapi bila dah lama kenal Akim, dah tau latar belakang Akim, dia pun terima. dorang pun couple, then hari demi hari sayang tu bertambah. tapi si Lisa ni degil orangnya, then ego sangat-sangat. selalu cari salah Akim, selalu nak marah-marah Akim, nak Akim beri perhatian dekat dia ja, cemburu tak payah cerita memang kuat cemburu betul si Lisa ni, tak ada maknanya dia nak bagi Akim rapat dengan perempuan lain, tapi kalau dia berkawan rapat dengan lelaki lain tak apa, alasannya "lelaki ada empat tempat kosong, kalau perempuan cuma satu di hati".

walaupun dorang ni suka bergaduh, bertengkar, tapi Akim ni penyabar orangnya selalu mengalah, selalu memujuk si Lisa ni. tapi Lisa ni perangai dia pelik sikit selalu buat hal, tak pernah nak jaga hati si Akim langsung. Akim ni banyak sangat berkorban untuk Lisa, dia sanggup bersabar dengan perangai Lisa ni. tiga tahun dia bersabar dengan perangai Lisa ni, cuba bayang betapa sabarnya Akim ni. tapi itulah, perangai si Lisa ni dah melampau-lampau sampaikan hati Akim mula berkeras dengan dia. bila dorang gaduh, bertengkar, mesti Lisa akan kena marah balik. even Lisa nampak Akim semakin berubah, dia tetap dengan perangai dia tu. dia tak pernah serik dengan perangai dia yang selalu buat Akim sakit hati.

sampai satu tahap ni si Lisa decide nak putus dengan Akim, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba tak contact si Akim. Akim call, mesej dia berkali-kali dia tak jawab. so, last Akim call, dia pun angkat. Akim tanya Lisa 'Lisa nak sampai sini saja ke hubungan kita?', Lisa pun mengiakan, then Akim cakap 'so k, kalau ni yang Lisa nak, kalau ni yang boleh buat Lisa bahagia. jaga diri, Assalamualaikum'. then Akim pun letak phone. dekat seminggu Akim tak contact Lisa, sebelum ni even Akim busy dia call juga, tapi kali ni dia mendiamkan diri. Lisa pun berbahagia dengan perangai dia, then sampai satu saat dia jadi teringat-ingatkan Akim, then dia pun cari Akim balik, contact Akim. tapi Lisa ingat perbuatan dia tu boleh dimaafkan, sorry jela Akim dah tak layan dia. Akim tak boleh terima dia balik, luka tu masih berdarah, and makin bernanah dengan kehadiran Lisa yang seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. tapi, sebenarnya masing-masing masih saling mencintai, tapi dorang decide untuk benar-benar putus, sebab Akim dah tak mampu terima Lisa. hmm

hubungan selama 4 tahun tu pun berlalu... masing-masing dengan hal sendiri, masing-masing dah ada kerjaya sendiri, and dorang dah tak contact. semuanya dah berubah, sangat-sangat berubah. after five years, dengan kuasa Allah, dorang dipertemukan di sebuah cafe, masa tu Lisa tengah minum sorang-sorang, then Akim nampak, so Akim tegur, then hari demi hari dorang macam refresh balik kenangan dulu-dulu, macam cinta berputik kembali ah. then one day, Akim decide want to become engaged with Lisa, and getting married. dorang pun berkahwin, and happy ending. Alhamdulillah.

Jika Allah izinkan maka ia bakal jadi milik anda, jika Allah tidak mengizinkan maka ia perlu ditangguh sementara. jika kita belum bersedia, Allah akan rancang yang terbaik untuk kita. dan bila kita sudah bersedia Allah hadiahkan pada kita apa yang dirancang olehNya. SubhanaAllah~

Friday, May 16, 2014

Hari Guru 2014 Giveaway RM100~

Assalamualaikum,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani~

http://www.hasrulhassan.com/2014/05/giveaway-rm100-tunai-sempena-hari-guru.html 

Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang telah banyak berjasa, dan tidak pernah lelah mengajar, serta mendidik saya dari bayi, umur 5 tahun, umur 7 tahun, umur 13 tahun, sehingga sekarang. Selamat Hari Guru kepada mama abah, cikgu-cikgu tadika, cikgu-cikgu sekolah rendah, cikgu-cikgu sekolah menengah, dan pensyarah uitm perlis. jasa dan pengorbanan cikgu tak akan saya lupa dan akan sentiasa mekar diingatan. saya tak akan pernah lupa jasa cikgu-cikgu yang gigih berusaha mendidik kami menjadi manusia yang berguna. terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. semoga cikgu-cikgu sentiasa dalam keberkatan dan keredhaan Allah. tanpa anda jahil lah kami. TERIMA KASIH CIKGU~

Thursday, May 15, 2014

Inilah Dia Wanita Terpilih~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
and
good peace, good afternoon to all beloved blogger~

 
 
siapa muslimah? siapa yang layak digelar muslimah? siapa? siapa-siapa saja boleh digelar muslimah, awak juga boleh, dia juga boleh, kita semua juga boleh. mira pasti, ramai yang teringin sangat nak dapat jadi muslimah sejati tapi banyak halangan yang mungkin kita sendiri buat. kalau bercakap soal hidayah, hidayah itu milik Allah swt, dan hidayah itu sentiasa ada, mungkin kita tidak pernah sedar hidayah itu ditiup ke hati kita, ditiup di sekitar kita, kerana kita lebihkan dunia, dan endahkan apa yang indah di hadapan Allah swt. mira juga tidak sempurna, dan mira sendiri tak memenuhi ciri-ciri muslimah, tapi mira sentiasa cuba untuk memenuhinya. setahun mira belajar di Perlis, ramai kawan mira yang cuba untuk berubah, Alhamdulillah, semangat mereka semua telah membuat mira sedar betapa indahnya jadi seorang muslimah. mira sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan-insan yang banyak memberi contoh yang baik, dan banyak yang mira belajar dari sikap, dan cara masing-masing. In Shaa Allah. mudah-mudahan apa yang diniatkan dipermudahkan olehNya. hari ini, mira nak kongsikan ciri-ciri muslimah sejati, dan mira tahu rakan-rakan, saudara-mara, adik-beradik, dan sesiapa pun ingin memenuhi ciri-ciri sebagai muslimah, ingin kembali kepada Allah swt.
 
ciri-ciri seorang muslimah sebenar :
  1. solat lima waktu, di awal waktu dan tidak pernah tinggal.
  2. menutup aurat dengan sempurna (berpakaian tidak jarang, bertudung labuh yang tidak jarang, menutup dada, sebolehnya menutup bahu sekali, berstokin, berlengan baju cekak atau memakai handsock untuk cover lengan, berpakaian longgar)
  3. rajin (belajar, buat kerja rumah, mengemas rumah)
  4. mengutamakan kebersihan (suka tempat yang bersih, suka pakaian yang bersih, kata orang suka menanam pokok bunga dan sukakan bunga juga adalah seorang yang pembersih)
  5. bila bercakap sentiasa selitkan kalimah (Alhamdulillah, In Shaa Allah, SubhanaAllah, Allahu Akbar)
  6. tidak mencarut atau sumpah seranah.
  7. bercakap sopan, lemah lembut, dan bukan dibuat-buat (gedik)
  8. menjaga mata, telinga, mulut.
  9. mulut sentiasa bercakap yang baik-baik.
  10. sentiasa senyum, tetapi jika dengan bukan mahram elakkan senyum yang paling manis, senyum sinis saja.
  11. tidak suka kongsikan gambar di laman sosial.
  12. tidak menghebohkan perasaannya, menyembunyikan kesedihannya.
  13. jalan kepala tunduk apabila berjalan berdekatan bukan mahram.
  14. tidak gelak terbahak-bahak.
  15. menjaga lidah.
  16. tidak menyakiti hati orang lain dengan ucapannya.
  17. berpuasa.
  18. perbanyakkan amalan sunat dan zikir.
  19. gemar berpuasa sunat untuk hindari maksiat.
  20. suaranya sukar didengari oleh bukan mahram. 
  21. sentiasa mendampingi al-Quran.
  22. tidak mengeluh bila hadapi ujian, dugaan.
  23. setiap inci auratnya dijaga dari pandangan bukan mahram dan yang bukan Islam.
  24. menghormati ibu bapa.
  25. berkuku pendek.
  26. tidak keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  27. menerima dugaan sebagai ujian Allah dan kafarah dosa.
  28. tidak boros dalam berbelanja.
  29. pandai bergaul dengan semua orang.
  30. tidak memandang harta benda atau kekayaan hidup.
  31. tidak berpura-pura baik untuk mendapat pujian atau sanjungan daripada manusia.
dan banyak lagi, tapi bagi mira ciri-ciri yang mira tahu ini sangat indah jika ada pada wanita zaman sekarang. mira juga sedang berusaha ke arah itu, In Shaa Allah, dengan sokongan dan dorongan keluarga, kawan-kawan, dan yang lain. Islam itu mudah, tapi jangan ambil mudah kerana kita hanya inginkan keberkatan dan keredhaan Allah swt. jika sempurna ciri-ciri muslimah, kita adalah yang sempurna di hadapan Allah, In Shaa Allah. mira pernah terbaca sabda Rasulullah saw, walaupun seorang wanita itu berpuasa di bulan ramadan, solat lima waktu, menutup aurat dengan sempurna, tetapi dia menyakiti hati orang lain dengan lidahnya, maka dia ahli neraka. subhanaAllah. jadi, marilah sama-sama kita muhasabah diri, dan tengok kekurangan diri kita, In Shaa Allah, suatu saat nanti kita akan menjadi seorang muslimah~

Wednesday, May 14, 2014

Mimpi Ngeri~


Assalamualaikum,
hey peoples!

semalam, detik jam 2 pagi aku masih belum dapat lelapkan mata sebab asyik melayan telemovie di youtube. keadaan di sekeliling sunyi sepi, hanya ditemani bunyi cerita yang ditonton dan diselang-seli dengan tawaku. jam 4 pagi baru aku dapat lelapkan mata, tapi jam sebegitu lebih enak jika bangun hambakan diri kepada Allah. tetapi mata aku sudah tidak dapat bertahan lagi. di atas katil yang sangat selesa, aku baringkan tubuh yang letih ini dengan penuh rasa kelegaan, perlahan-lahan mataku cuba menutup rapat dan terus aku dibuai mimpi...

tiba-tibaaa~

aku tidak tahu di mana aku berada, tapi suasananya sangat gelap-gelita. aku tidak dapat melihat satu pun benda disekeliling aku. hati semakin gelisah, diri ini mula resah. aku terlihat satu cahaya, tetapi datangnya seperti dari arah tingkap, aku tidak pasti di mana aku berada. aku terus berjalan meredah gelap dan kedinginan malam menyelimut tubuhku mengikut arah cahaya yang terlihat terang. aku berjalan, dan badanku menggigil kesejukan. aku terus berjalan dan berjalan, suasana sangat gelap dan aku tidak mampu melihat apa-apa. kaki aku makin lemah untuk melangkah, aku terduduk kerana badanku tidak berdaya lagi untuk meneruskan perjalanan. aku terasa ingin pitam. dalam kegelapan itu aku cuba bersandar pada dinding yang aku sendiri tidak dapat pastikan ia dinding atau apa disebabkan keadaan yang gelap. aku cuba bersandar, dan tiba-tiba kepala aku menjunam jatuh dari tempat yang sangat tinggi. aku menjerit dan menangis, Ya Allah, di manakah aku, Kau tunjukkanlah aku jalan Ya Allah. aku jatuh terus *bammm!* mencecah tanah. sakitnya aku dapat rasa di alam nyata. aku membuka mata, aku terasa duniaku gelap, kosong. aku rasa diriku sukar untuk bergerak. dan aku cuba bangun... rupa-rupanya, aku terjatuh dari katil dan bantal-bantalku turut jatuh ke atas aku buatkan aku sukar untuk melihat, dan bangun. then aku bangun lepastu gelak sorang-sorang, masa tu sudah pukul 6.22 pagi. hikhik. okay bai guys, Assalamualaikum :D

Tuesday, May 13, 2014

Selamat Tinggal Cinta~

 

Assalamualaikum,
hai peoples,
how are you all today? Alhamdulillah...

alhamdulillah, hari ni keadaan aku stabil, setelah seminggu jiwa kacau haha. aku rasa ini lah hikmah dia, dan petunjuk daripada Allah swt, alhamdulillah, syukur sangat-sangat. "maafkan aku, kerna pergi sebelum kau sarung cincin suci" faham dak situasi aku? tak faham? okay cun, buat-buat faham jela. hari ni, hari paling bahagia, hari yang bakal aku mulakan hidup ni balik macam baby baru dilahirkan, In Shaa Allah, mudah-mudahan Allah permudahkan niat suci aku ni. aku dah taknak fikir semua ni, *persetan soal cinta* perjalanan aku masih jauh, jauh, dan jauh...

kita cuma merancang, Allah yang tentukan. biarlah ia jadi kenangan, walaupun tak dapat aku lupakan. memang mudah kita ukir kenangan tu, tapi sangat sukar untuk kita padam. amboi bermadah pujangga pulok, err -.-" hmm, biarlah cinta dan sayang aku ni hanya buat Allah swt. aku nak berubah, aku banyak sangat buat salah dan silap. banyak sangat-sangat, aku nak kembali, aku berharap sangat perubahan kali ni kekal dengan usaha yang bersungguh-sungguh. aku kecewa sangat dengan diri aku dah berkali aku cuba untuk berubah, tapi ia mati macam tu saja. semoga kali ni aku akan teguh demi Allah swt. In Shaa Allah, doakan penghijrahan aku. dan buat hangpa semua, bimbinglah aku ke jalanNya. In Shaa Allah, hangpa akan dapat keberkatan tu. 

bersemadilah wahai hati yang hitam, bangkitlah dengan hati yang suci lagi indah, dunia sudah tua, sedikit hari lagi ia bakal musnah. ke manakah kita kembali? kepada Allah! dari manakah kita datang? dari Allah! maka hambakanlah diri kalian serendah-rendahnya hanya demi Allah swt. In Shaa Allah. Assalamualaikum :)

Monday, May 12, 2014

Happy Nurses Day~

 

Assalamualaikum,
hey peoples,
how are you?

jam sepuluh lima belas minit, *menguap* emm, malam ni mengantuk awal sebab penat sangat hari ni. kemas bilik, rushing pergi tengok wayang, lepas tu bergelak, terkejut and bla bla bla dalam cinema tu, lepastu rushing balik rumah sebab takut lewat nanti dapat kuliah free dekat rumah, tehee :D rancang bagai nak rak dari pukul 12 lebih, pukul 3 lebih baru betul-betul nak pergi tengok, ni sebab si amalina my bestie tu lah, haha... kami pergi tengok cerita STILL 2, perghhh aku tengok banner dia seram, tapi memang ah seram, tapi letih bergelak ja. haha lawak ada, seram ada, sedih ada, and banyak lagi nak tahu cerita dia macam mana try lah pergi layan, thai horror, hee.


 

terlari tajuk ni, hihi. aku nak wish Happy Nurses Day~~ harap hangpa semua nurses atau bakal nurses kuatkan semangat, dan terus membantu orang-orang yang perlu bantuan dengan rela hati, dengan keikhlasan hati, kerja ni kita bukan nak terima gaji tiap bulan ja, kita nak pahala, nak keberkatan daripada Dia... hmm, bila tiba hari nurses ni, aku cukup kecewa dengan diri aku.....

*sapu sampah jap*

kenapa aku kecewa dengan diri aku bila tiba nurses day? hmm sebabnya cita-cita aku nak jadi nurse, eh eh pada mulanya aku cita-cita nak jadi doktor psikiatri, sangat-sangat berminat. tapi bila dapat result PMR semua tu hancur berkecai, so aku target pula nak jadi nurse... tapi hancur juga bila dapat result SPM, argh stress dan sangat-sangat sedih, sebab aku sangat cintakan medic. tapi yalah Allah the best planner, aku yakin 110%. so aku proceed saja dengan menerima course geomatic science dekat UiTM, asalkan ada science, ada benda nak kaji, alhamdulillah. minta sangat apa aku pilih ni terbaik untuk aku. In Shaa Allah, belajar selagi mampu, dapatkan berkat dan redha Allah, In Shaa Allah semua bakal dipermudahkan dan dimakbulkan. wehee~ okay HAPPY NURSES DAY ... 

Segmen Blogger Aktif~

Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3


klik banner untuk join the community :D

good luck !

Sunday, May 11, 2014

WhoHAA!com Malaysia~

Assalamualaikum,
Hey peoples
how are you today? ^^

emm, hari ni aku try sign up WhoHAA ni setelah dua hari aku berfikir nak join ke tak. tapi aku rasa nak join sebab ramai sangat yang join, tehee :D okay, first of all... apa itu WhoHAA? okay baca dan faham sini About Us. sebenarnya WhoHAA ni dia macam promot any product or service lah, dia ada sponsor dari product yang kita promot tu. dari sponsor -> jawab soalan pasal product atau service -> dapat earn -> boleh reedem. senangkan? okay memang mudah dan seronok, selain tu boleh juga tambah pengetahuan kita dia ala ala MUET, ada listening-nya, ada understanding-nya, ada writting-nya, tapi tenang tenang soalan dia senang. hihi. okay meh aku tunjuk rupa WhoHAA ni sikit. scroll down untuk lihat testimoni, and whatever ^^

 
Home WhoHAA.


 
how WhoHAA works?

 
Products Or Services. just example ada banyak lagi sponsor~
 
items to redeem free. just example, banyak lagi yang boleh redeem ^^


 

 
 


 


redeem yang telah sampai ke tangan kengkawan kita...

tunggu apa lagi moh lerr kita sign-up ^^

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com ~

Assalamualaikum

http://www.mamaniza.com/2014/05/giveway-mega-1st-anniversary-mamanizacom.html



Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang.

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada 12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Contest “Abang Ensem Di Mata Aku” Siri II~

Assalamualaikum,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...

Abang Ensem 

first of all, aku newbie masih tak kenal atau tak pernah tahu kewujudan blog Abang Ensem kita ni. Alhamdulillah, dengan contest yang dia buat ni dapat serba sedikit aku tahu siapa Abang Ensem ni. walaupun aku tak kenal dia, tak tahu dia ni macam mana tapi bagi tanggapan aku, dia seorang yang pemurah, seorang bapa yang penyayang, dan seorang yang gigih berusaha, dan seorang yang bekerja keras, serta handsome juga orangnya... cuma tanggapan itu saja yang dapat aku berikan ikhlas tulus dari hati. dengan ucapan akhir, semoga Abang Ensem diberi keberkatan hidup, dan sentiasa dilimpahkan rezeki. In Shaa Allah. Assalamualaikum~ 

Mini Contest Hari Guru 2014: Sebuah Kenangan~


Assalamualaikum,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

16 Mei, tarikh yang sentiasa dalam ingatanku. usaha mereka, pengorbanan mereka, cabaran mereka, lelah mereka, hanya demi membangunkan anak bangsa mereka. tidak pernah aku lupa saat tiba tarikh yang istimewa ini, walaupun setiap hari kita perlu ingat pengorbanan mereka yang tidak pernah mengerti apa itu letih. bagaimanapun sikap mereka, bagaimanapun layanan mereka, bagaimanapun mereka, kita perlu terima, dan hargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka yang bergelar GURU...

2 tahun lepas, aku telah pun menamatkan sekolah menengah, dan kini aku menyambung pelajaranku di UiTM Perlis. di sekolah, aku mempunyai guru yang paling aku dan rakan-rakanku sayang. dia mengajar kami Bahasa Melayu dari tingkatan 4 dan 5. saat kali pertama dia masuk ke kelas aku, aku tidak senang duduk, sebab kata mereka dia seorang guru yang garang. setiap kali ada kelas dia, aku pasti menyiapkan kerja sekolah yang dia beri walaupun kadang-kadang tak buat juga. tapi, lama kelamaan dia mengajar kelas aku, aku sudah memahami dan mengetahui bagaimana cara dia, sikap dia, perlakuan dia, dan layanan dia terhadap kami semua. sebenarnya, dia sangat baik, yang dikatakan garang itu sebenarnya hanya kadang-kadang apabila kami buat masalah...

dia guru yang paling rapat dengan aku dan rakan-rakan sekelasku. dia sudah kami menganggap seperti seorang ibu yang mendidik anak-anaknya daripada berbaring kepada meniarap, daripada meniarap kepada merangkak, daripada merangkak kepada berjalan, dan daripada berjalan kepada berlari. sangat teratur ilmu yang telah dia curahkan kepada kami, sangat bermanfaat dan bermakna seumur hidup kami. dia guru yang mengetahui masalah kami. dia guru yang mengenali kami seorang, demi seorang. dia guru yang sangat penyayang.

suatu hari, kami sekelas ada masalah, bergaduh antara satu sama lain. bila dia (cikgu) masuk kelas kami, dia dapat merasakan apa yang terjadi dengan anak-anak didiknya. keesokan hari, dia meminta kami bangun kehadapan, bersalaman, dan mengucap maaf antara satu sama lain. kelas yang sepi, tiba-tiba diisi dengan tangisan, dan rasa sedih sebab masa itu kami di tingkatan 5, perasaan bercampur baur, dan dengan fikiran yang bermain di minda "tidak lama lagi aku bakal meninggalkan zaman persekolahan". terima kasih cikgu.

pengorbanan yang dilakukan oleh cikgu tak dapat aku balas, daripada subjek Bahasa Melayu aku asyik gagal, sampai keputusan SPM aku mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu. terima kasih cikgu, atas usaha yang tak pernah putus, atas doa cikgu kepada kami. terima kasih cikgu, tiada ungkapan lain, tiada balasan lain yang dapat kami berikan, hanyalah Terima Kasih cikgu, jasamu bakal aku kenang selalu, pengorbananmu bakal aku ingat selalu, usahamu bakal menjadi kekuatan padaku... Selamat Hari Guru Kepada Seluruh Guru Di Malaysia~ TERIMA KASIH CIKGU.

  
kenangan masa dapat ikuti Program Anak-Anakku Cemerlang yang terpilih dalam top 40 pelajar cemerlang sebelum SPM. alhamdulillah. di sebelah kiri itu Guru Bahasa Melayu yang sangat di sayangi, dan di sebelah kanan itu Guru yang mengajar kami subjek Sains. Alhamdulillah dengan berkat doa, ilmu, dan tunjuk ajar mereka, aku telah berjaya mendapat gelaran Mahasiswi UiTM. TERIMA KASIH CIKGU~

Friday, May 9, 2014

Result Oh Result !

 

Assalamualaikum,
hello peoples!
I hope today have be a good day to you...

okay but first, let me take a selfie :D 
 

Alhamdulillah, apa yang ditunggu, apa yang tertanya-tanya, apa yang ditanya telah pun terjawab hari ini. aku bersyukur sangat dengan apa yang aku dapat, even menghampakan my parents. I'm sorry mom and dad Y.Y keep it up mira, four semester more. sungguh menyiksakan... nevermind, bersyukur bersyukur dan bersyukur sangat-sangat even ni second result belum ada repeat paper, syukur, alhamdulillah...

fuhhh berpeluh~ semalam tak dapat lelapkan mata sebab menanti result sampai pukul dua pagi tahu tak? tapi hampa, tak muncul pun dekat email. so, aku pun tidur yang agak nyenyak lah. then pukul 6 aku bangun, aku still mengharapkan email tu ada, but but, it so bummer! tak keluar juga, aku pun check my sufo, rupanya aku tak buat haha. budak uitm ja yang tahu ^^ so, terpaksa lahhh tunggu pukul 9 pagi. it very very nervous... great surprise will become a reality!! pukul 7.30 pagi aku cuba juga nak dapatkan email tu, tapi tak boleh. okay aku chill chill, pergi breakfast and sembang dengan my mom blablabla, then jam dah pukul 8.50 pagi. dah tak boleh chill weh time tu, gabra gila. berpeluh ketaq badan-badan, fuhh. lepas cuci sudu bagai, aku pun ke ruang tamu untuk mengadap laptop ni. jeng jeng~

*minum air jap*

ehem ehem, aku tengok jam dekat laptop dah pukul 9.01 pagi, aku terus masuk laman web uitm, then check my result. bismillah, oh nooo gugup, aku buka slow slow, then aku scroll result aku slow slow... and yeah what I answer in booklet, and what I do at my report, assignment, LP then bla bla bla, that's what I get back guys, it so hurt, but I accept it with peace of mind. so k, continue my storyyy... lepas tu aku pun terkejut beruk tengok keputusan yang menurun mencecah tanah... aku pun berlari sekuat hati untuk mendapatkan my mom *nipu benor* haha so aku pergi dekat my mom then I said "mama, terukkk. menurun dari semester lepas" then my mom said "ada failed tak?" me "nooo" *aku pun terkinja-kinja macam beruk* haha lepas tu my dad ask "why? dah keluar ke result" anddd I said "yesss" lepas tu depa pun mai la tengok result aku yang hampeh tu. argh sedih bagi depa tengok result tuuu Y.Y

I'm feel so sad that time, then my mom sempat lagi cakap "jiran sebelah mesti dekan pulak" oh nooo don't give me a words like that, it so deep mommm! aku pun macam ala ala hampa lah kan tak dapat bagi depa dean list, tapi tahan sat air mata ni. *tarik nafas, then lepas slow slow* lepas tu, my dad check check my result, dia cakap "okay dah lah ni, dah tau cara nak study, usaha lagi nanti. tahniah". aku macam stunned kejap, result teruk macam tu abah boleh cakap "tahniah"? ya Allah, thanks for given me the parents like this, I'm so lucky... memang aku tersentaplah, sebab aku tak usaha betul-betul aku still main-main, macam budak-budak baru nak merangkak *okay I lost my words*. nevermind, aku kena kuat, lawan semua yang negatif. lihat ke depan yang positif saja. orang lain boleh buat, kenapa kita tidak? keep fighting mira, otak kita sama, tapi cara menggunakannya yang berbeza. buang penyakit malas. buang penyakit suka bersendiri. buang penyakit suka merapu meroyan. buang penyakit buat benda tak berfaedah mira, buang semua tu buang! okay fine ter-monolog pulak. okay thats it for today, keep praying for me, and and and tolong beri kata-kata semangat. I need it so much. thank you my beloved blogger. Assalamualaikum~

Wednesday, May 7, 2014

I Dreamed Of Food~

Assalamualaikum,
good evening peoples...
I hope you all stay healthy ^^
AAMIIN~

petang ni nak mengadap laptop ja, malas nak keluar mana-mana, not in mood ^^ dengan ditemani youtube yang sedang memainkan top 40 singles april 2014 [full songs] *terasa macam nak menari* hikhik okay stop stop bukan tu yang aku nak post hari ni. petang-petang macam ni biasalah sekarang ni guruh + kilat, lastly hujannn *oh heaven* sooo, aku pun tengah feeling-feeling hujan gitu, lepas tuuu mula lah lapar macam-macam. kalau lah petik ja jari makanan berjalan datang sendiri, tapi mimpi lah kalau dia datang. aku selalu cakap macam tu, then mama aku cakap *nak macam tu cubakan lah diri untuk masuk ke Syurga* okay kena ceramah free t.t so kkk, sangat bermanfaat thanks maa, love you :* petang ni aku rasa sejuk sangat sangat taktau lah hangpa rasa macam mana kan, so aku rasa macam nak makan itu dan ini. semua tu aku dah tau dah mana nak boleh dapat serentak kan, so aku nak kongsi dengan hangpa makanan yang teringin aku nak suap ke mulut dan besarkan perut :D scroll scroll scroll ^^


Bihun Sup Utara


 
Burger Double Special + Cheese

 
Chicken Chop

 
Yong Tau Fu

 
KFC

 
Char Kuey Teow

 
Teh Ais Kaw

 
Milo Ais Tabur

 
Ice Cream Chocolate Vanilla

oh nooo, sedap gila gila gila, hm kena juga makan semua ni sebelum cuti semester tamat. haha. enjoy with my favourite food. good bye ^^ 

Walk Alone~

 
Assalamualaikum,
and
good night peoples!

"walk alone is better, but it so hardest. it need a time for solve the problem. I walk fast, and I hope the problem will gone."

hari berganti hari, sekarang jam *dua belas lima minit* pagi... ditemani cahaya laptop, dan lagu Total Eclipes Of The Heart... *sight* aku asyik pandang tarikh dan jam di laptop ni, masa yang di tunggu-tunggu bakal tiba, aku belum bersedia untuk itu... saat ni Allah ja yang tahu perasaan aku, gugup tu tak payah cerita lah, tak senang duduk dah ni. berdoa dan tawakal yang mampu aku sertakan disaat menunggu masa itu tiba. *ayat* mesti hangpa duk fikir apa sebenarnya budak ni nak cerita, duk masa itu masa itu. hikhik okay actually 9 May ni result semester dua aku nak keluar dah. so, aku tengah gabraaa, berpeluh, nak pengsan, semua ada. hmm, aku terima jela apa nak keluar pun dah usaha aku takat tu saja nak lebih-lebih macam mana kan, doa doa doa okay mira doaaa t.t

hmm, lagi sebulan nak sambung drama semester 3, aku rasa belum bersedia pun ada. haish tolonglah, aku rasa tak ada feeling pun nak terus belajar ni, macam dah give up... tapi, disebabkan aku fikirkan yang aku sedang bawa harapan keluarga aku teruskan juga lah. Allah ja tahu apa yang aku rasa sekarang, entah kenapa pun tak tahu lah, hati ni rasa berbelah bahagi sangat-sangat antara kehendak sendiri dengan harapan keluarga. nak berjaya ni bukan mudah, tak ada siapa boleh bantu hanya diri sendiri saja. hmm, apa-apapun good luck untuk kawan-kawan aku untuk Jumaat ni. apapun result dia kita redha jela, next semester do the best to get dean list, In Shaa Allah. Allah bersama orang-orang yang sabar, yang bertawakal, yang berusaha, yang istiqomah. In Shaa Allah, doakan aku... kepada members blogger please drop your comment yang meniupkan semangat mira balik, moga Allah merahmati kalian selalu :') Assalamualaikum...

Tuesday, May 6, 2014

April - May GA by Amirah

assalamualaikum,
dengan lafaz bismillah...


-Tekan Banner untuk join-


Hadiah yang ditawarkan :
1. Perfume Original
2. Kupon Pembelian Satin Skinz RM50
3. Shiseido Black Mask
4. Cathy Doll L-Gluthathione Magic Cream 138 ml
5. Tudung Akel
6. Charm Bracelet Bestfriend
7. Topup RM50
8. Topup RM10
9. Topup RM5
10. Blouse Merah


Pilihan hadiah saya :
1. Perfume Original
2. Blouse Merah
3. Topup RM50


Tarikh tamat : 15 / 5 / 2014
CopyRight Myakawaii