Assalamualaikum,
hey peoples!
semalam, detik jam 2 pagi aku masih belum dapat lelapkan mata sebab asyik melayan telemovie di youtube. keadaan di sekeliling sunyi sepi, hanya ditemani bunyi cerita yang ditonton dan diselang-seli dengan tawaku. jam 4 pagi baru aku dapat lelapkan mata, tapi jam sebegitu lebih enak jika bangun hambakan diri kepada Allah. tetapi mata aku sudah tidak dapat bertahan lagi. di atas katil yang sangat selesa, aku baringkan tubuh yang letih ini dengan penuh rasa kelegaan, perlahan-lahan mataku cuba menutup rapat dan terus aku dibuai mimpi...
tiba-tibaaa~
aku tidak tahu di mana aku berada, tapi suasananya sangat gelap-gelita. aku tidak dapat melihat satu pun benda disekeliling aku. hati semakin gelisah, diri ini mula resah. aku terlihat satu cahaya, tetapi datangnya seperti dari arah tingkap, aku tidak pasti di mana aku berada. aku terus berjalan meredah gelap dan kedinginan malam menyelimut tubuhku mengikut arah cahaya yang terlihat terang. aku berjalan, dan badanku menggigil kesejukan. aku terus berjalan dan berjalan, suasana sangat gelap dan aku tidak mampu melihat apa-apa. kaki aku makin lemah untuk melangkah, aku terduduk kerana badanku tidak berdaya lagi untuk meneruskan perjalanan. aku terasa ingin pitam. dalam kegelapan itu aku cuba bersandar pada dinding yang aku sendiri tidak dapat pastikan ia dinding atau apa disebabkan keadaan yang gelap. aku cuba bersandar, dan tiba-tiba kepala aku menjunam jatuh dari tempat yang sangat tinggi. aku menjerit dan menangis, Ya Allah, di manakah aku, Kau tunjukkanlah aku jalan Ya Allah. aku jatuh terus *bammm!* mencecah tanah. sakitnya aku dapat rasa di alam nyata. aku membuka mata, aku terasa duniaku gelap, kosong. aku rasa diriku sukar untuk bergerak. dan aku cuba bangun... rupa-rupanya, aku terjatuh dari katil dan bantal-bantalku turut jatuh ke atas aku buatkan aku sukar untuk melihat, dan bangun. then aku bangun lepastu gelak sorang-sorang, masa tu sudah pukul 6.22 pagi. hikhik. okay bai guys, Assalamualaikum :D
hihihihih..jatuh katil ya.....ngeri benar mimpi tu sampai jatuh katil..:DD
ReplyDeleteHehe taktau lah, mcm mana bleh jtuh. haha
Deletetak pernah la pulak sampai jatul katil,kihkih XD
ReplyDeleteHaha, untunglahh :D
DeleteHahahaha...mimpi kemian seram sekali jatuh katil upenye
ReplyDeleteHehe, mimpi kesan kt alam nyata... :D
Deletenice sharing
ReplyDeletedone follow your blog
come visit n follow my blog too at:
http://cikhafizahnurani.blogspot.com/
terima kasih. in shaa Allah, nanti saya singgah :D
Delete