malam ni mira nak kongsi satu cerita dengan awak awak semua, malam ni tak ada aktiviti apa just nak bermanja dengan blog ni. err --" mira ada satu cerita, then dari mana mira dapat cerita ni? emm biarlah rahsia ^^
ada sepasang kekasih ni dorang kenal dekat laman sosial Facebook, nama lelaki tu Akim, and perempuan tu Lisa. just dari situ dorang berkenalan, then chatting punya chatting baru dorang tahu yang dorang ni satu sekolah. bila dah kenal, rajin berjumpa, bertegur semua, dorang jadi rapat lah kan, then Akim decide nak minta 'couple', biasalah kan remaja. first tu memang Lisa tak terima, tapi bila dah lama kenal Akim, dah tau latar belakang Akim, dia pun terima. dorang pun couple, then hari demi hari sayang tu bertambah. tapi si Lisa ni degil orangnya, then ego sangat-sangat. selalu cari salah Akim, selalu nak marah-marah Akim, nak Akim beri perhatian dekat dia ja, cemburu tak payah cerita memang kuat cemburu betul si Lisa ni, tak ada maknanya dia nak bagi Akim rapat dengan perempuan lain, tapi kalau dia berkawan rapat dengan lelaki lain tak apa, alasannya "lelaki ada empat tempat kosong, kalau perempuan cuma satu di hati".
walaupun dorang ni suka bergaduh, bertengkar, tapi Akim ni penyabar orangnya selalu mengalah, selalu memujuk si Lisa ni. tapi Lisa ni perangai dia pelik sikit selalu buat hal, tak pernah nak jaga hati si Akim langsung. Akim ni banyak sangat berkorban untuk Lisa, dia sanggup bersabar dengan perangai Lisa ni. tiga tahun dia bersabar dengan perangai Lisa ni, cuba bayang betapa sabarnya Akim ni. tapi itulah, perangai si Lisa ni dah melampau-lampau sampaikan hati Akim mula berkeras dengan dia. bila dorang gaduh, bertengkar, mesti Lisa akan kena marah balik. even Lisa nampak Akim semakin berubah, dia tetap dengan perangai dia tu. dia tak pernah serik dengan perangai dia yang selalu buat Akim sakit hati.
sampai satu tahap ni si Lisa decide nak putus dengan Akim, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba tak contact si Akim. Akim call, mesej dia berkali-kali dia tak jawab. so, last Akim call, dia pun angkat. Akim tanya Lisa 'Lisa nak sampai sini saja ke hubungan kita?', Lisa pun mengiakan, then Akim cakap 'so k, kalau ni yang Lisa nak, kalau ni yang boleh buat Lisa bahagia. jaga diri, Assalamualaikum'. then Akim pun letak phone. dekat seminggu Akim tak contact Lisa, sebelum ni even Akim busy dia call juga, tapi kali ni dia mendiamkan diri. Lisa pun berbahagia dengan perangai dia, then sampai satu saat dia jadi teringat-ingatkan Akim, then dia pun cari Akim balik, contact Akim. tapi Lisa ingat perbuatan dia tu boleh dimaafkan, sorry jela Akim dah tak layan dia. Akim tak boleh terima dia balik, luka tu masih berdarah, and makin bernanah dengan kehadiran Lisa yang seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. tapi, sebenarnya masing-masing masih saling mencintai, tapi dorang decide untuk benar-benar putus, sebab Akim dah tak mampu terima Lisa. hmm
hubungan selama 4 tahun tu pun berlalu... masing-masing dengan hal sendiri, masing-masing dah ada kerjaya sendiri, and dorang dah tak contact. semuanya dah berubah, sangat-sangat berubah. after five years, dengan kuasa Allah, dorang dipertemukan di sebuah cafe, masa tu Lisa tengah minum sorang-sorang, then Akim nampak, so Akim tegur, then hari demi hari dorang macam refresh balik kenangan dulu-dulu, macam cinta berputik kembali ah. then one day, Akim decide want to become engaged with Lisa, and getting married. dorang pun berkahwin, and happy ending. Alhamdulillah.
Jika Allah izinkan maka ia bakal jadi milik anda, jika Allah tidak mengizinkan maka ia perlu ditangguh sementara. jika kita belum bersedia, Allah akan rancang yang terbaik untuk kita. dan bila kita sudah bersedia Allah hadiahkan pada kita apa yang dirancang olehNya. SubhanaAllah~