Thursday, May 15, 2014

Inilah Dia Wanita Terpilih~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
and
good peace, good afternoon to all beloved blogger~

 
 
siapa muslimah? siapa yang layak digelar muslimah? siapa? siapa-siapa saja boleh digelar muslimah, awak juga boleh, dia juga boleh, kita semua juga boleh. mira pasti, ramai yang teringin sangat nak dapat jadi muslimah sejati tapi banyak halangan yang mungkin kita sendiri buat. kalau bercakap soal hidayah, hidayah itu milik Allah swt, dan hidayah itu sentiasa ada, mungkin kita tidak pernah sedar hidayah itu ditiup ke hati kita, ditiup di sekitar kita, kerana kita lebihkan dunia, dan endahkan apa yang indah di hadapan Allah swt. mira juga tidak sempurna, dan mira sendiri tak memenuhi ciri-ciri muslimah, tapi mira sentiasa cuba untuk memenuhinya. setahun mira belajar di Perlis, ramai kawan mira yang cuba untuk berubah, Alhamdulillah, semangat mereka semua telah membuat mira sedar betapa indahnya jadi seorang muslimah. mira sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan-insan yang banyak memberi contoh yang baik, dan banyak yang mira belajar dari sikap, dan cara masing-masing. In Shaa Allah. mudah-mudahan apa yang diniatkan dipermudahkan olehNya. hari ini, mira nak kongsikan ciri-ciri muslimah sejati, dan mira tahu rakan-rakan, saudara-mara, adik-beradik, dan sesiapa pun ingin memenuhi ciri-ciri sebagai muslimah, ingin kembali kepada Allah swt.
 
ciri-ciri seorang muslimah sebenar :
  1. solat lima waktu, di awal waktu dan tidak pernah tinggal.
  2. menutup aurat dengan sempurna (berpakaian tidak jarang, bertudung labuh yang tidak jarang, menutup dada, sebolehnya menutup bahu sekali, berstokin, berlengan baju cekak atau memakai handsock untuk cover lengan, berpakaian longgar)
  3. rajin (belajar, buat kerja rumah, mengemas rumah)
  4. mengutamakan kebersihan (suka tempat yang bersih, suka pakaian yang bersih, kata orang suka menanam pokok bunga dan sukakan bunga juga adalah seorang yang pembersih)
  5. bila bercakap sentiasa selitkan kalimah (Alhamdulillah, In Shaa Allah, SubhanaAllah, Allahu Akbar)
  6. tidak mencarut atau sumpah seranah.
  7. bercakap sopan, lemah lembut, dan bukan dibuat-buat (gedik)
  8. menjaga mata, telinga, mulut.
  9. mulut sentiasa bercakap yang baik-baik.
  10. sentiasa senyum, tetapi jika dengan bukan mahram elakkan senyum yang paling manis, senyum sinis saja.
  11. tidak suka kongsikan gambar di laman sosial.
  12. tidak menghebohkan perasaannya, menyembunyikan kesedihannya.
  13. jalan kepala tunduk apabila berjalan berdekatan bukan mahram.
  14. tidak gelak terbahak-bahak.
  15. menjaga lidah.
  16. tidak menyakiti hati orang lain dengan ucapannya.
  17. berpuasa.
  18. perbanyakkan amalan sunat dan zikir.
  19. gemar berpuasa sunat untuk hindari maksiat.
  20. suaranya sukar didengari oleh bukan mahram. 
  21. sentiasa mendampingi al-Quran.
  22. tidak mengeluh bila hadapi ujian, dugaan.
  23. setiap inci auratnya dijaga dari pandangan bukan mahram dan yang bukan Islam.
  24. menghormati ibu bapa.
  25. berkuku pendek.
  26. tidak keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  27. menerima dugaan sebagai ujian Allah dan kafarah dosa.
  28. tidak boros dalam berbelanja.
  29. pandai bergaul dengan semua orang.
  30. tidak memandang harta benda atau kekayaan hidup.
  31. tidak berpura-pura baik untuk mendapat pujian atau sanjungan daripada manusia.
dan banyak lagi, tapi bagi mira ciri-ciri yang mira tahu ini sangat indah jika ada pada wanita zaman sekarang. mira juga sedang berusaha ke arah itu, In Shaa Allah, dengan sokongan dan dorongan keluarga, kawan-kawan, dan yang lain. Islam itu mudah, tapi jangan ambil mudah kerana kita hanya inginkan keberkatan dan keredhaan Allah swt. jika sempurna ciri-ciri muslimah, kita adalah yang sempurna di hadapan Allah, In Shaa Allah. mira pernah terbaca sabda Rasulullah saw, walaupun seorang wanita itu berpuasa di bulan ramadan, solat lima waktu, menutup aurat dengan sempurna, tetapi dia menyakiti hati orang lain dengan lidahnya, maka dia ahli neraka. subhanaAllah. jadi, marilah sama-sama kita muhasabah diri, dan tengok kekurangan diri kita, In Shaa Allah, suatu saat nanti kita akan menjadi seorang muslimah~

13 comments:

  1. Replies
    1. Sama2 kta muhasabah diri dan sempurnakan :)

      Delete
  2. striving to be a better muslimah! fighting! insyaAllah,boleh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks atas semangatnya, hehe fighting :D

      Delete
  3. Nice sharings... Balas kunjungan dan follow sini!

    ReplyDelete
  4. Hi, first time jengah blog sis. ^^

    Allah..indahnye wanita solehah.. Ty so much for sharing.

    ReplyDelete
  5. thanks sebab datang ke blog saya

    Blog 3 Dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Wanita solehah dambaan lelaki soleh...

    ReplyDelete
  7. Allahu..Thankyou for this post mira :)

    Tak sia-sia membalas kunjungan..

    ReplyDelete

CopyRight Myakawaii